Menteri jamin data penerima PSP selamat
BANGI: Masalah kebocoran nombor akaun bank penerima
Program Subsidi Petrol (PSP) yang terdedah di portal rasmi PSP sebelum
ini telah selesai dan keselamatan data penerima adalah terjamin, kata
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata langkah pembetulan telah dilakukan ke atas portal tersebut oleh pasukan kementerian yang bertanggungjawab dalam masa beberapa jam selepas masalah itu dilaporkan.
"Masalah itu berlaku dalam tempoh yang tidak panjang dan ia telah
segera diperbaiki dan sistem itu berjaya dilindungi serta keselamatan
data penerima adalah terjamin," katanya kepada media selepas merasmikan
Hari Sukan Keluarga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata pihaknya masih menunggu laporan KPDNHEP berhubung nombor akaun bank penerima PSP yang terdedah di portal rasmi PSP.
Bagaimanapun, Saifuddin Nasution berkata tiada laporan perlu dibuat
kerana beliau telah berhubung dengan menteri dan memaklumkan bahawa
masalah itu telah berjaya diselesaikan.
KPDNHEP dalam kenyataan sebelum ini berkata pihaknya telah meningkatkan sistem dan keselamatan data laman web sebelum mengaktifkannya semula untuk diakses orang ramai.
Dalam pada itu, sebagaimana diumumkan menteri tersebut sebelum ini, seramai 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan PSP boleh menyemak kelayakan mereka melalui portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Okt.
Beliau berkata lebih 1.6 juta hits diterima dalam masa tiga hari sejak portal tersebut dilancarkan.
"Untuk tiga hari pertama sehingga 17 Okt, sebanyak lebih 218,000 permohonan PSP yang layak dan dikemas kini dicatatkan oleh portal terbabit," katanya.
Beliau kata melalui jumlah tersebut menunjukkan bahawa kepentingan portal PSP untuk memastikan golongan yang layak berada dalam senarai menerima bantuan bersasar berkenaan.
"Fokus kementerian sekarang adalah memastikan agar tiada yang tercicir, jadi kita mengajak rakyat untuk semak di portal dan semua talian KPDNHEP bagi mengemas kini maklumat mereka," katanya.
-- BERNAMA
Beliau berkata langkah pembetulan telah dilakukan ke atas portal tersebut oleh pasukan kementerian yang bertanggungjawab dalam masa beberapa jam selepas masalah itu dilaporkan.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata pihaknya masih menunggu laporan KPDNHEP berhubung nombor akaun bank penerima PSP yang terdedah di portal rasmi PSP.
KPDNHEP dalam kenyataan sebelum ini berkata pihaknya telah meningkatkan sistem dan keselamatan data laman web sebelum mengaktifkannya semula untuk diakses orang ramai.
Dalam pada itu, sebagaimana diumumkan menteri tersebut sebelum ini, seramai 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan PSP boleh menyemak kelayakan mereka melalui portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Okt.
Beliau berkata lebih 1.6 juta hits diterima dalam masa tiga hari sejak portal tersebut dilancarkan.
"Untuk tiga hari pertama sehingga 17 Okt, sebanyak lebih 218,000 permohonan PSP yang layak dan dikemas kini dicatatkan oleh portal terbabit," katanya.
Beliau kata melalui jumlah tersebut menunjukkan bahawa kepentingan portal PSP untuk memastikan golongan yang layak berada dalam senarai menerima bantuan bersasar berkenaan.
"Fokus kementerian sekarang adalah memastikan agar tiada yang tercicir, jadi kita mengajak rakyat untuk semak di portal dan semua talian KPDNHEP bagi mengemas kini maklumat mereka," katanya.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.