PAS: Saman balik Petronas jika tak bayar royalti minyak Kelantan
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata Kelantan
boleh menyaman balik Petroleum Nasional Bhd (Petronas) sekiranya
tuntutan pembayaran royalti minyak tidak diberikan kepada kerajaan
negeri itu seperti yang dijanjikan.
Beliau berkata walaupun kes saman Petronas sebelum ini sudah ditarik balik tetapi pembayaran royalti sepatutnya perlu diteruskan.
“Yang belum dibayar masih lagi berjalan. Maksud saya nak saman boleh, sebab ia masih berterusan untuk 2019 sehingga 2020.
“Ini saman Petronas. Petronas kena bayar hasil kerajaan negeri sebanyak lima peratus. Terengganu boleh bayar dengan formula dan mesti negeri lain seperti Sabah dan Sarawak ada data. Tapi mana data Kelantan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Pada 28 Jun lalu, pertikaian berhubung isu tuntutan royalti minyak
membabitkan kerajaan Kelantan dan kerajaan persekutuan selesai.
Ia berikutan kerajaan negeri menarik balik tuntutan saman yang difailkan sembilan tahun lalu melalui notis pemberhentian yang difailkan di Mahkamah Tinggi.
Selepas sembilan tahun kes berlarutan, kerajaan negeri pada 13 Mei lalu menarik balik saman berkenaan yang difailkan terhadap syarikat minyak dan gas nasional itu.
Melalui writ saman difailkan pada 30 Ogos 2010, Kelantan menuntut Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan di pesisir negeri itu seperti yang ditetapkan dalam perjanjian cari gali petroleum.
Takiyuddin berkata Petronas perlu nyatakan berapa hasil dari telaga minyak oleh Kelantan dan daripada itu beri lima peratus kepada Kelantan.
“Kita tarik balik janji atas jaminan nak bayar. Kita minta data kepada Petronas, kita percaya dah bagi kepada kerajaan.
“Jadi kerajaan kena bagi dekat kita. Kita nak tahu data. Kita nak tanya formula yang keluar RM28 bilion berbanding formula kita lebih 1 bilion setahun,” katanya.
Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata beliau tidak mahu berbalah dengan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berhubung istilah sebenar royalti minyak yang harus dibayar kerajaan persekutuan.
Lim berkata walaupun belum membaca kenyataan Ahmad mengenai isu pemberian wang royalti, beliau meminta pembangkang tidak beremosi.
Sebelum ini, Ahmad menafikan kerajaan Kelantan menerima bayaran royalti petroleum daripada kerajaan pusat.
Ahmad menegaskan wang sebanyak RM15.7 juta yang diterima pada 17 Sept lalu adalah wang ehsan dan berkata pembayaran royalti adalah dua perkara berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.