Penjaja jalanan di Terengganu perlu henti operasi akhir Oktober – Exco
KUALA TERENGGANU – Penjaja jalanan yang menjalankan perniagaan di
persimpangan lampu isyarat di Terengganu dinasihatkan supaya mematuhi
arahan yang telah dipersetujui bersama dalam perjumpaan terdahulu untuk
menghentikan operasi pada akhir Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, berkata pihaknya di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan memanggil balik peniaga-peniaga yang terlibat untuk diberi peringatan.
“Kita akan panggil, pertemuan sebelum akhir bulan ini dengan peniaga-peniaga yang terlibat untuk kita bagi ‘reminder’. YPU akan buat ‘arrangement’ tersebut untuk perjumpaan pada penghujung Oktober.
“Untuk mereka ini, kita telah beri satu tempoh masa yang agak selesa dan kita harap tidak ada yang cuba melanggar batas yang telah ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2019 anjuran KDPNHEP Negeri Terengganu di Pasaraya Mydin Gong Badak hari ini.
Jelasnya, walaupun masih ada aktiviti penjualan berkenaan namun ia berkurang dari sebelum ini.
“Masih ada yang meneruskan aktiviti itu, tapi kita bersangka baik untuk mereka ini menghabiskan stok-stok mereka kerana ia antara perkara yang dibangkitkan hari itu kerana stok-stok yang banyak.
“Tidak timbul isu menyekat rezeki mereka kerana kedua-dua pihak sudah
bersetuju hasil perbincangan itu, jadi isu itu tidak berbangkit lagi
apabila sudah di hujung-hujung (pelaksanaan penguatkuasaan).
“Jadi, kita bagi satu tempoh dalam tiga bulan untuk mereka selesaikan benda itu dan tidak ada lagi isu-isu berbangkit selepas tarikh yang ditetapkan.Selepas tamat tempoh itu, pihak-pihak yang berkenaan akan turun padang untuk memastikan apa yang kita persetujui terlaksana,” katanya lagi.
Ketika ditanya sekiranya ada yang berdegil adakah barang mereka akan dirampas, Mohd Nurkhuzaini berkata ia mengikut seperti mana yang dimaklumkan sebelum daripada ini.
“Setiap penguat kuasa itu ada bidang masing-masing. Ada SOP masing-masing,ada yang rampas, ada yang bagi kompaun dan ada yang tangkap. Jadi ada bidang masing-masing dengan bidang kuasa sendiri.
“Jika masih berdegil, mereka boleh ditangkap mengikut undang-undang dan sebab itulah kita bagi satu tempoh yang agak selesa kepada mereka untuk mereka ikuti peraturan yang ditetapkan,” tambah beliau.
Terdahulu, penangguhan sementara yang dibuat tidak bermakna kerajaan menarik balik larangan penjualan di persimpangan lampu isyarat seperti dikeluarkan sebelum ini.
Kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan larangan itu, kerana ia di luar bidang kuasa dan tindakan dilakukan selaras dengan undang-undang dan peraturan lalu lintas 1959 yang tidak membenarkan penjaja menjalankan perniagaan di jalan raya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.