Rencana baharu Jokowi untuk Indonesia
KUALA LUMPUR: Memasuki era baharu selepas kembali
dilantik sebagai Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra
dikenali sebagai Jokowi ternyata mempunyai banyak rencana dalam usaha
mengangkat negara republik itu ke tahap seterusnya.
Sewaktu ditemu ramah Ketua Pengarang Bloomberg, John Micklethwait, anak kelahiran Surakarta itu berkongsi rancangannya untuk menarik lebih banyak pelabur dengan meringankan undang-undang berkaitan tenaga buruh, mengurangkan cukai korporat menjelang 2021, serta meningkatkan lagi modal insan yang berkualiti.
Namun, jelasnya, ia harus dilakukan dengan berhati-hati memandangkan
mereka juga perlu mengambil kira kekangan dari segi belanjawan negara,
termasuk cabaran dalam mengekalkan defisit sekitar dua peratus.
“Saya sering dimaklumkan oleh pihak pelabur asing mengenai undang-undang berkaitan tenaga buruh, terutamanya di sektor intensif. Mereka juga mahu perlesenan yang lebih mudah. Jadi kami akan memberi fokus kepada dua isu ini.
“Jadi dengan cara ini, kami boleh menarik lebih banyak pelaburan dan
mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Saya perlu berbincang juga
dengan ketua-ketua persatuan pekerja,” katanya lagi.
Agrikultur dan vokasional
Selain sektor perindustrian, Jokowi juga mahu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang pertanian, memandangkan Indonesia masih banyak tanah yang sesuai untuk komoditi seperti beras, koko, kopi, dan lain-lain lagi.
Untuk lima tahun seterusnya, beliau juga akan memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan melalui bidang vokasional, dengan memandang Jerman sebagai contoh terbaik.
“Kami melihat Jerman sebagai negara yang bagus dalam membangunkan modal insan melalui sekolah vokasional dan latihan yang bersesuaian. Sewaktu saya menjadi Datuk Bandar Solo, saya ada pengalaman mewujudkan taman tekno. Itu sesuai dijadikan contoh dalam menghasilkan tenaga kerja yang mahir dalam mesin moden,” katanya lagi.
Mengenai perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, Jokowi berkata, ia adalah sesuatu yang semua negara ASEAN terpaksa memilih di pihak mana mereka mahu berada.
Bagaimanapun, Indonesia, jelasnya lagi, akan terus mencari peluang yang wujud di sebalik perang dagang itu, kerana republik itu mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua negara gergasi itu.
“Apa yang menjadi keutamaan kami ialah kepentingan bagi Indonesia dan rakyatnya,” kata Jokowi.
Suara mahasiswa
Dalam temu bual itu, Jokowi turut menyentuh mengenai protes besar-besaran mahasiswa yang menolak pindaan terhadap beberapa undang-undang mengenai kebebasan dan hak asasi rakyat, serta mengurangkan kuasa badan pencegah rasuah Indonesia atau KPK.
Beliau berkata, Indonesia merupakan sebuah negara yang berdemokrasi, dan mereka akan mendengar apa jua yang diutarakan mahasiswa berkenaan.
“Saya rasa demonstrasi itu normal di sini. Semasa saya Datuk Bandar Solo, saya telah hadapi protes dan demonstrasi. Semasa menjadi Gabenor Jakarta, setiap hari ada protes. Dan kini sebagai Presiden, ada protes di depan Istana juga. Kadang-kadang saya mengajak mereka masuk untuk mendengar apa yang mereka tidak puas hati,” katanya.
Jokowi berkata, Perlembagaan Indonesia membenarkan protes diadakan selagi ia tidak menyalahi undang-undang atau mengganggu gugat ketenteraman awam.
Sewaktu ditemu ramah Ketua Pengarang Bloomberg, John Micklethwait, anak kelahiran Surakarta itu berkongsi rancangannya untuk menarik lebih banyak pelabur dengan meringankan undang-undang berkaitan tenaga buruh, mengurangkan cukai korporat menjelang 2021, serta meningkatkan lagi modal insan yang berkualiti.
“Saya sering dimaklumkan oleh pihak pelabur asing mengenai undang-undang berkaitan tenaga buruh, terutamanya di sektor intensif. Mereka juga mahu perlesenan yang lebih mudah. Jadi kami akan memberi fokus kepada dua isu ini.
Agrikultur dan vokasional
Selain sektor perindustrian, Jokowi juga mahu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang pertanian, memandangkan Indonesia masih banyak tanah yang sesuai untuk komoditi seperti beras, koko, kopi, dan lain-lain lagi.
Untuk lima tahun seterusnya, beliau juga akan memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan melalui bidang vokasional, dengan memandang Jerman sebagai contoh terbaik.
“Kami melihat Jerman sebagai negara yang bagus dalam membangunkan modal insan melalui sekolah vokasional dan latihan yang bersesuaian. Sewaktu saya menjadi Datuk Bandar Solo, saya ada pengalaman mewujudkan taman tekno. Itu sesuai dijadikan contoh dalam menghasilkan tenaga kerja yang mahir dalam mesin moden,” katanya lagi.
Mengenai perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, Jokowi berkata, ia adalah sesuatu yang semua negara ASEAN terpaksa memilih di pihak mana mereka mahu berada.
Bagaimanapun, Indonesia, jelasnya lagi, akan terus mencari peluang yang wujud di sebalik perang dagang itu, kerana republik itu mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua negara gergasi itu.
“Apa yang menjadi keutamaan kami ialah kepentingan bagi Indonesia dan rakyatnya,” kata Jokowi.
Suara mahasiswa
Dalam temu bual itu, Jokowi turut menyentuh mengenai protes besar-besaran mahasiswa yang menolak pindaan terhadap beberapa undang-undang mengenai kebebasan dan hak asasi rakyat, serta mengurangkan kuasa badan pencegah rasuah Indonesia atau KPK.
Beliau berkata, Indonesia merupakan sebuah negara yang berdemokrasi, dan mereka akan mendengar apa jua yang diutarakan mahasiswa berkenaan.
“Saya rasa demonstrasi itu normal di sini. Semasa saya Datuk Bandar Solo, saya telah hadapi protes dan demonstrasi. Semasa menjadi Gabenor Jakarta, setiap hari ada protes. Dan kini sebagai Presiden, ada protes di depan Istana juga. Kadang-kadang saya mengajak mereka masuk untuk mendengar apa yang mereka tidak puas hati,” katanya.
Jokowi berkata, Perlembagaan Indonesia membenarkan protes diadakan selagi ia tidak menyalahi undang-undang atau mengganggu gugat ketenteraman awam.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.