Wan Azizah sedia bincang isu peralihan PM dalam Majlis Presiden PH
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menyatakan kesediaan beliau untuk berbincang berkenaan isu peralihan
jawatan Perdana Menteri menerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan
Harapan.
Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, perkara itu telah dipersetujui sebelum ini.
“Boleh juga kita (Majlis Presiden Pakatan Harapan) jumpa. Tapi kita
dah… macam seperti mana Tan Sri (Muhyiddin) kata, dia (perjanjian) dah
tandatangani,” jawabnya ringkas selepas melancarkan Kempen Cintai Alam
Sekitar, di sini hari ini.
Semalam, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terperinci seharusnya dibincangkan secara muafakat dalaman antara pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Muhyiddin turut mengakui soal peralihan kuasa disebut ketika perjanjian
awal antara empat pemimpin melibatkan beliau, Wan Azizah (ketika itu
Presiden PKR); Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti
Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, perkara itu telah dipersetujui sebelum ini.
Semalam, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terperinci seharusnya dibincangkan secara muafakat dalaman antara pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.