Jangan cemar nama baik pusat tahfiz
Oleh
Noor Mohamad Shakil Hameed
Ada lagi pusat tahfiz yang buat hal. Walaupun pernah kecoh sebelum ini namun nampaknya masih ada lagi pengusaha pusat tahfiz yang cuai dan tidak mengambil berat keperluan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang diperuntukkan untuk membuka pusat tahfiz.
Akhirnya, akibat kekurangan elemen pemantauan dan pengawasan, seorang lagi kanak-kanak menjadi mangsa korban di mana Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, dilaporkan dipukul sehingga mati oleh pelajar lain.
Banyak isu berbangkit yang menjadi persoalan dan tanda tanya dalam kalangan masyarakat tentang kedudukan pusat tahfiz ini. Paling kritikal ialah dari segi pendaftaran dengan pihak berkuasa.
Mengikut Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), pusat tahfiz di Kampung Kuala Kaung, Lanchang, Temerloh itu tidak berdaftar dengan Muip atau dalam erti kata lain beroperasi sejak awal tahun in tanpa kebenaran.
Mengeruhkan lagi keadaan apabila dilaporkan pusat tahfiz ini hanya mempunyai seorang pengajar dan status kelayakan tenaga pengajar juga dikatakan agak meragukan. Hal ini kerana Muip tidak tahu sama ada tenaga pengajar ini mempunyai sijil tahfiz atau sebaliknya.
Turut memeranjatkan apabila dikatakan pusat tahfiz tersebut hanya
beroperasi sehingga kini dengan empat pelajar termasuk mangsa yang baru
lagi mendaftar. Dan pentadbir pusat tahfiz ialah pasangan suami isteri
yang turut bertindak sebagai tenaga pengajar dan juga warden. Setelah
meneliti beberapa fakta yang cukup mengejutkan seperti ini timbul satu
persoalan yang cukup serius iaitu, mudahnya orang menubuhkan pusat
tahfiz.
Berdasarkan latar belakang pusat tahfiz ini boleh diandaikan seseorang atau mana-mana pihak boleh membuka pusat tahfiz dan membuat pengambilan pelajar cukup hanya dengan ada sebuah rumah yang boleh bertindak sebagai asrama/madrasah serta ada sekurang-kurangnya seorang warden yang boleh menjadi pentadbir atau pengusaha pusat tahfiz sendiri.
Dan apa yang lebih menghairankan ialah ada pula ibu bapa yang boleh menghantar anak mereka ke tempat seperti ini yang secara peribadi pada pandangan penulis tidak layak diiktiraf dan diterima sebagai sebuah pusat tahfiz. Malah dengan wujudnya pusat tahfiz yang haram dan bermasalah seperti ini, nama baik dan imej pusat tahfiz lain yang lebih layak dipanggil pusat tahfiz turut tercemar.
Jadi ada dua isu besar yang perlu ditangani iaitu pertama, masalah pusat tahfiz haram dan tidak berdaftar yang muncul umpama cendawan selepas hujan. Kedua, cuainya ibu bapa sehingga boleh menghantar anak ke tempat seperti ini sehingga boleh mengancam nyawa dan keselamatan mereka. Kewujudan pusat tahfiz yang tidak berdaftar perlu ditangani dengan segera.
Kita tidak mahu insiden seperti ini berlaku lagi. Pihak berkuasa agama setiap negeri perlu lebih agresif dalam soal pemantauan terhadap pusat tahfiz di negeri masing-masing. Dicadangkan ada pasukan bertindak khas yang boleh sentiasa memantau operasi semua pusat tahfiz termasuk yang berdaftar. Hal ini penting kerana kita hendak memastikan semua syarat, kriteria dan keperluan penubuhan dan pengoperasian pusat tahfiz sentiasa dipatuhi.
Antara aspek utama yang perlu diberi perhatian ialah, faktor keselamatan premis, kelayakan dan kecukupan bilangan tenaga pengajar, kredibiliti pengusaha dan juga warden serta sudah semestinya aspek sukatan atau silibus pelajaran dan pengajian.
Kegagalan mana-mana pengusaha untuk mematuhi peraturan dan keperluan yang ditetapkan perlu dipantau dan terus diambil tindakan segera. Di samping kita menuntut pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih efektif dari pihak berkuasa agama, besarlah juga harapan kita agar para pengusaha sedia ada dan yang baru berhasrat untuk membuka pusat tahfiz sentiasa menitikberatkan aspek kepatuhan kepada peraturan dan keperluan yang ditetapkan. Jangan ambil mudah dan mementingkan diri sehingga meletakkan semua orang dalam keadaan risiko yang tinggi.
Secara prinsipnya kita mengalu-alukan penubuhan lebih banyak pusat tahfiz di negara kita apatah lagi anggota masyarakat semakin cenderung untuk menghantar anak mereka ke pusat tahfiz. Jadi apalah salahnya pengusaha menyediakan kemudahan yang sewajarnya agar dapat menarik minat lebih ramai ibu bapa.
Dalam konteks ini diharapkan pihak berkuasa agama menilai semula syarat pendaftaran pusat tahfiz yang sedia ada, apakah ianya terlalu rigid dan sukar dipenuhi sehingga pengusaha mengambil jalan mudah untuk beroperasi tanpa pendaftaran. Jika ini benar maka keperluan sedia ada wajar diperhalusi semula tanpa kompromi dalam beberapa aspek utama yang wajib. Jika syarat bukan masalah maka sikap dan kedegilan pengusaha yang wajar dihukum secukupnya.
Pada masa yang sama ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab. Kita ucapkan tahniah kepada ibu bapa yang berani memilih pusat tahfiz sebagai destinasi ilmu anak-anak mereka namun itu bukan lesen dan alasan untuk kita leka dan cuai.
Hal ini kerana sudah mula kedengaran cakap-cakap antara punca insiden seperti ini berlaku kerana ibu bapa melepaskan tanggungjawab di mana pusat tahfiz dijadikan “dumping ground” (pusat pembuangan), justeru mereka tidak begitu mempedulikan kedudukan dan status sesebuah pusat tahfiz.
Walaupun bukan semua bersikap demikian, namun tindakan segelintir ibu bapa seperti ini dikatakan atas sebab sebagai jalan penyelesaian untuk menyediakan makan, minum dan tempat penginapan.
Kita percaya perkara ini mungkin ada asasnya setelah mengambil kira kedudukan kewangan dan ekonomi anggota masyarakat mutakhir ini. Penulis berharap pihak kerajaan memandang serius senario yang kurang sihat seperti ini.
Secara umumnya, ibu bapa juga wajib mengkaji latar belakang pusat tahfiz sebelum menghantar anak mereka. Pastikan pusat tahfiz yang dipilih berdaftar dengan pihak berkuasa dan memenuhi semua keperluan yang ditetapkan. Jangan sesekali berkompromi dalam soal ini demi keselamatan dan masa depan anak-anak.
Cukup-cukuplah insiden membabitkan pusat tahfiz ini. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Pusat tahfiz adalah institusi pendidikan agama yang cukup mulia dan sentiasa dipandang tinggi oleh anggota masyarakat kerana selama ini berjaya melahirkan begitu ramai huffaz, ulama, dan pemimpin Islam yang tersohor, jadi tidak wajar terus tercemar seperti ini.
Noor Mohamad Shakil Hameed ialah timbalan pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, UPM.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.