https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lebai Pas Jilat Lidah Sampai Licin

Oleh USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN

Sebelum ini, semasa kami sebut, dalam pentadbiran dan politik, orang bukan Islam yang berkebolehan dan baik, lebih baik dan layak daripada orang Islam yang lemah dan jahat.

Kalau imam solat, memanglah kena pilih orang Islam biar sejahat manapun dia. Tapi dalam urusan kehidupan duniawi, pemilihan ketua bukan seperti pemilihan imam solat. Kriterianya tak sama seperti kriteria imam solat.

Berbakul-bakullah lebai Pas maki kami. Dikatanya kami jual akidah, tak sayang Islam, muliakan orang bukan Islam lebih daripada orang Islam, jadi khadam kafir dan berbagai-bagai lagi tuduhan liar.

Di Tanjung Piai, semua ludah lebai Pas itu dijilat oleh pemimpin kanan parti itu. Dijilatnya sampai licin. Dengan berbekalkan ketayap di kepala, dia pun sebut, pilihanraya untuk memilih wakil rakyat bukan memilih imam solat.

Sudah...! Calon MCA bukan Islam. Calon PH Islam. Kamu kata, dalam apa situasi pun orang Islam tetap lebih baik daripada orang bukan Islam. Pemilihan mesti berasaskan akidah.

Kamu dah hilang akidah? Dah tak sayang Islam? Dah jual agama? Dah muliakan orang bukan Islam lebih daripada Islam? Dah jadi khadam kafir?

Mula-mula dulu, kamu gunakan hudud untuk kafirkan orang Islam. Tolak hudud kafir, kamu kata. Kemudian kamu kata, undi orang bukan Islam haram. Kamu pun baca ayat hukum haram wala' kepada orang kafir.

Kemudian kamu kata, mesti utamakan calon Islam, tak boleh orang bukan Islam dilantik jadi ketua sekalipun mereka baik. Lalu kamu pertikai lantikam peguam negara daripada kalangan bukan Islam.

Hari ini di Tanjung Piai, kamu jilat licin ludah kamu yang kamu ludah kepada kami itu. Licin cuci-calat. Merelit merelap. Seolah-olah kamu tak pernah pun berludah.

Ha ha ... kamu mengata orang lain bukan main. Sudah kena batang hidung sendiri baru tahu. Apa macam, dah puaskah kamu kafirkan kami, munafikkan kami, jiratkan kami, doa laknatkan kami?

Kamu dah tak baca lagi ayat wajib hudud, ayat haram wala' kepada orang kafir, ayat wajib bersikap keras dengan orang kafir? Dah tamatkah jihad kamu lawan orang kafir? Kamu dah tak mahu mati syahid lawan kafir?

Selalu kami pesan dengan kamu semenjak awal, jangan bermudah-mudah menafsir ayat al-Quran. Jangan bermudah-mudah mengistinbat hukum daripada ayat al-Quran.

Apabila kami kata begitu kepada kamu, dengan pantas kamu jawab, "Hang nak tolak hukum Allah, hang nak pakai akai hang? Awat hang syok sangatkah masuk neraka? Awat hang mahu orang kafir mandi jenazah hang?"

Rupa-rupanya nilai agama bagi orang Pas hanyalah sebuah kerusi parlimen Tanjung Piai. Itu pun, kerusi itu bukan jadi milik Pas, tapi milik MCA. Dan, MCA bukan masuk dalam Muafakat Nasional pun. Itu pun jangan, agama kamu jual begitu saja demi kerusi itu.

Pas adalah perosak agama, perosak keharmonian hidup bermasyarakat, perosak keindahan Islam dan perosak sistem politik negara.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.