Peranan media sosial dalam kemenangan BN di Tanjung Piai
Oleh SMAIL HASHIM YAHAYA
Tajuk berita ‘Terima kasih MB Perak…’ siaran akhbar Sinar Harian (18 November 2019) adalah sindiran amat pedas dan pedih buat MB kerana dianggap sebagai penentu kepada kekalahan PH di Tanjung Piai.
Dalam berita itu Umno Perak berpendapat penularan video kontroversi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai penyumbang kepada kemenangan BN.
Ini kerana Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad penularan video itu memudahkan kempen BN tanpa perlu memikirkan strategi sukar untuk menewaskan PH dalam PRK di Tanjung Piai ini.
Sebagai media sosial, sejumlah pentas populer seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Blog kini menjadi ruang publika (awam) perdana untuk
menuangkan gagasan dan membangun dialektika. Dalam hubungan ini penggunanya bebas melakukan interaksi dan kritikan serta sokongan.
Pengundi tentunya girang dengan adanya media sosial, tanpa batasan ruang dan waktu ini.
Namun yang menjadi persoalan ialah kebebasan bermedia di jagat maya yang tidak dilandasi dengan perilaku adab dan etika penggunanya dan inilah yang berlaku pada PRK di Tanjung Piai baru-baru ini di mana Ahmad Faizal dilihat memberitahu penduduk mengenai kepayahannya menjaga kepentingan Melayu dan Islam kerana tidak sealiran dengan kehendak sekutunya dari DAP.
Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak, dalam rakaman berdurasi sekitar tiga minit itu dilihat bersama calon Pakatan Harapan untukPilihan Raya Kecil Tanjung Piai, Karmaine Sardini sedang duduk bersantai dengan penduduk di kawasan Tanjung Piai, sambil menceritakan situasi yang sedang berlaku di negeri pimpinannya itu.
Pengerusi Bersatu Perak menegaskan video tular perbualannya bersama pengundi di Tanjung Piai Johor, berbual mengenai sebuah parti komponen PH baru-baru ini, telah dipetik di luar konteks sebenar.
Sesiapa yang menular video adalah mereka sengaja hendak memecah-belahkan penyatuan dalam PH, padahal ini adalah perjumpaan tertutup yang bukannya ceramah umum.
Mungkin para pemimpin PH lain pun ada mempunyai pandangan peribadi mereka, bayangkan bagaimanakah agaknya pandangan peribadi pemimpin DAP katakannya dalam majlis tertutup bersama pengikut-pengikut mereka jika dirakam dan ditularkan, apakah pulak reaksi parti politik PH yang lain.
Video ini adalah rakaman perbualan tertutup yang lebih santai dan tidak sepatutunya ditularkan. Dalam hubungan ini MB Perak atau pemimpin
politik lain harus bersifat berhati-hati apabila berbual kerana ada sahaja mereka yang merakamnya untuk ditularkan ke media sosial.
Bahkan jika diteliti sejak PRK P165 ini, akaun pengguna media sosial kita dibanjiri beragam pesan politik yang kutuk mengutuk, sindir-menyindir dan maki memaki.
Kebanyakan mesej ini cenderung fitnah dan saling mengecam, lengkap dengan cacian dan terus bermunculan di berbagai media sosial. Mesej ‘sampah’ tersebut saling berhubung dan terus taut, menaut terus meskipun tidak dikehendaki kehadirannya.
Ini adalah mesej-mesej perosak keharmonian kaum, agama, ras dan hubungan antara parti politik misalnya dalam PH yang disebarkan atas nama
politik. Ini terutamanya sentimen kaum yang masih menjadi persoalan sensitif di negara ini. Kalau perilaku politik seperti itu terus dibiarkan, ia tentunya menjejaskan perwujudkan iklim demokrasi yang sehat.
Apa yang muncul ialah media yang disarati dengan kebejatan moral yang akhirnya membawa kepada kehambaran atau banaliti. Apa yang dimaksudkan di sini ialah situasi media sosial adalah pusat tular rakaman video politik yang bercirikan negatif.
Banaliti maksudnya di sini adalah suatu keadaan, di mana pelakuan kejahatan tidak lagi dirasakan sebagai kejahatan, tetapi sebagai sesuatuyang sudah biasa, sesuatu yang wajar.
Perbuatan menularkan video MB Perak misalnya tidak dianggap sebagai sesuatu yang jahat, pemecah belah perpaduan atau penyatuan tetapi dianggap sebagai sebuah bentuk “kejahatan yang wajar” demi politik dan kemenangan dalam PRK.
Bahkan kekebasan untuk memfitnah, menjatuhkan maruah seseorang, potong dan tampal gambar, muat naik rakaman video peribadi/tertutup
akan menjadi kejahatan yang patut dilakukan bagi mereka demi kepentingan politik masing-masing.
Kebebasan yang ditafsirkan tanpa batas akan menjadi persoalan serius pada senario politik di abad digital ini. Apa yang bangun dalam perang politik virtual di media sosial adalah kempen politik hitam bukannya beradu gagasan politik cerdas dan idea-idea pembangunan bijaksana.
Fenomena tersebut sangat kontra-produktif dengan hakikat keberadaan media sosial itu sendiri. Tujuannya agar saling terhubung dan mempererat persahatan di antara pemilik akaun. Tapi kalau kandungan yang disebarkan justru mengandungi mesej kebencian, fitnah, caci maki, dan beragam kandungan negatif lainnya, media tersebut justru menjadikan penggunanya sebagai mahluk syaitan pula.
Walaupun terdapat faktor lain yang membawa kepada kekalahan PH di Tanjung Piai (yang banyak dikemukakan) hakikatnya kuasa media sosial sehingga boleh menjadi penyumbang besar kepada undi Rakyat terutamanya masyarakat Cina di Tanjung Piai untuk beralih kepada calon MCA tidaklah boleh diperkecilkan.
Para pemimpin PH dalam sebarang pertemuan kecil atau tertutup harus memastikan rakaman video itu terbatas kepada orang yang mereka percayai, tetapi hati manusia siapa tahu?
PH haruslah memberikan perhatian kepada kuasa media sosial yang boleh menghuru-harakan PH dalam pilihan raya.
*Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel)

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.