PRK Tanjung Piai bukanlah pengakhiran.
Oleh Hasbie Muda
Teringat PRK Ijok 2007 dulu.Pakatan pembangkang yang diwakili PKR meletakkan calon heavyweight Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kempen pilihan raya diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim. Semangat membara untuk menang.
Pertembungan sengit. Tetapi PKR rebah tersungkur.

Media membayangkan masa depan politik Anwar dan PKR telah berakhir.
Impian pembangkang menawan Putrajaya juga terkubur. Era Pak Lah era
terbilang. UMNO dulu, kini selamanya. Kononnya lah.
Ya. Ada ahli yang patah hati. Ramai yang 'tutup buku'.
Tetapi pemimpin tulen tidak patah semangat dan terus positif menyusun strategi. Anwar, Tuan Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang.
Keping-keping kekuatan disusun dan dicantum satu persatu. Setiap kelemahan BN dimanfaatkan sebaik mungkin. Hasilnya, hari demi hari rakyat mulai buka mata dan berani mencuba untuk berubah.
Tak sampai setahun, Selangor ditawan pembangkang bersama-sama Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Jumlah ahli parlimen juga meningkat mendadak. Momentum terus meningkat sehingga lah BN dikalahkan di Putrajaya dalam PRU14 yang lalu.
PRK Tanjung Piai bukanlah pengakhiran.
Ia amaran.
PH perlu kembali ke meja perbincangan. Merenung gambaran besar untuk mencari titik keseimbangan. Pertembungan dalaman perlu segera diselesaikan. Suara rakyat perlu didengari.
PH telah ada formula untuk menjadi kerajaan.
Formula yang sama perlu diolah untuk mengekalkan kerajaan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.