SPR jangka 70% keluar mengundi, sedia pelan hadapi banjir
PONTIAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar
mengundi untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai adalah
kira-kira 70%.
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berharap pengundi dapat keluar mengundi untuk menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.
“SPR juga memohon semua pihak khususnya pihak media agar turut memainkan peranan untuk menggalakkan pengundi agar keluar mengundi pada 16 November 2019 nanti,” katanya pada sidang media selepas pengumuman calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.
Azhar berkata SPR bekerjasama dengan semua pihak dan semua telah diatur sebelum hadapi kemungkinan bencana banjir pada hari pengundian.
“Kita telah sediakan pam-pam dan lori untuk bawa pengundi ke pusat
mengundi. Bot juga disediakan dan semua aspek keselamatan diatur bagi
menangani masalah tersebut,” katanya.
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berharap pengundi dapat keluar mengundi untuk menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.
“SPR juga memohon semua pihak khususnya pihak media agar turut memainkan peranan untuk menggalakkan pengundi agar keluar mengundi pada 16 November 2019 nanti,” katanya pada sidang media selepas pengumuman calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.
Azhar berkata SPR bekerjasama dengan semua pihak dan semua telah diatur sebelum hadapi kemungkinan bencana banjir pada hari pengundian.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.