KUALA LUMPUR: Disebabkan ramai yang mungkin kehilangan kerja selepas
program subsidi upah berakhir bulan ini, seorang ahli Parlimen tampil
membantu rakyat mencari pekerjaan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil membuka sebuah pusat kerja
dan latihan 2 tingkat di bangunan bersebelahan pusat khidmatnya. Ia akan
fokus membantu penduduk di kawasan Parlimennya dan mereka yang tinggal
dalam jarak 10km dari kawasan Parlimen itu, tetapi “kita tidak akan
menolak untuk membantu orang lain”.
Pusat itu akan bekerjasama dengan perniagaan tempatan, agensi
kerajaan, Tabung Pembangunan Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja
untuk kekosongan pekerjaan di kawasan itu.
“Ideanya ialah melihat jika boleh bekerja dalam kawasan setempat dengan tidak perlu berulang-alik 3 jam setiap hari.”
Kawasan Parlimen Lembah Pantai merangkumi Bangsar, Kampung Kerinchi
(Bangsar South), KL Eco City, Pusat Beli-belah Mid Valley, Brickfields
dan KL Sentral.
Sasaran utama ialah individu dalam kumpulan B40 (terdiri daripada mereka di bawah 40% masyarakat berdasarkan tahap pendapatan). Pusat kerja dan latihan 2 tingkat di Lembah Pantai akan mula beroperasi esok.
Tetapi katanya, perkhidmatan pusat itu terbuka untuk semua.
Pusat itu akan membantu memadankan penganggur dengan pekerjaan yang
ada serta melatih mereka dengan kemahiran sesuai untuk diambil bekerja.
“Kami juga akan melihat sokongan sektor,” katanya sambil memetik
contoh pembersih yang dibuang kerja akibat penutupan hotel, tetapi masih
boleh dipindahkan ke syarikat lain di kawasan Lembah Pantai.
Pusat itu akan membantu orang untuk menubuhkan perniagaan dalam talian.
“Ia bukan saja melibatkan jualan makanan atau pakaian. Ia boleh
terdiri daripada jualan pelitup muka fabrik atau perniagaan lain,”
katanya.
Beliau berkata, seorang penduduk di Johor Bahru meraih pendapatan
RM20,000 sebulan dengan menterjemah artikel dan menyalin nota dari
syarikat Amerika Syarikat.
katanya, ada peluang untuk rakyat bekerja dari rumah, tetapi ramai yang tidak tahu kewujudan pelbagai peluang itu.
“Kita tak boleh jadi pemandu e-panggilan selamanya. Kita perlu lihat apa perkara besar seterusnya?”
Beliau berkata, pusat kerja itu juga berharap boleh mendapat lebih
banyak maklumat mengenai permintaan dan tawaran dalam pasaran kerja
memandangkan tiada statistik mengenai jumlah penganggur berdasarkan
kawasan Parlimen.
“Kita sekarang ada statistik pengangguran berdasarkan negeri saja.”
Pusat kerja dan latihan itu yang akan mula beroperasi esok turut
dilengkapi sebuah dewan, perpustakaan dan pusat internet untuk belia.
Layari pklp.my untuk maklumat lanjut.
Ahli Parlimen bantu penganggur cari kerja
Reviewed by editorreformis
on
September 15, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Dakwaan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berhubung cadangan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan t...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.