Amanah 100% sokong Anwar tubuh kerajaan baru
PETALING JAYA: Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengesahkan 11 ahli Parlimennya akan menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan baru.
“Seperti diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, Amanah mengesahkan semua 11 Ahli Parlimen Amanah menyokong sepenuhnya kepimpinan Anwar sebagai pengerusi PH dan memberikan kepercayaan kepadanya membentuk kerajaan baru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Anwar mengumumkan beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong.
Katanya, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang dan beliau akan menghadap Agong dalam masa terdekat.
Anwar turut mengumumkan beliau membentuk pakatan baru dengan rakan baru.
Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, PH mempunyai 91 ahli Parlimen, Warisan (9), dan PSB (2). Enam lagi ahli Parlimen daripada kumpulan penyokong Dr Mahathir Mohamad dan seorang wakil rakyat bebas.
BN pula mempunyai 43 kerusi, PPBM (31), PAS (18), GPS (18), PBS (1), dan STAR (1).
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.