https://critoxium.com/shop/

Terkini

Husam Mahu keluar Daripada ''Ward'' Kepimpinan Amanah

Oleh Mohd Sayuti Omar

Malam tadi saya telah berjumpa dengan Senator Husam Musa seperti mana dijanjikan. Perjumpaan malam tadi seperti perjumpaan biasa-biasa sahaja, rileks, pekena rotai canai sambil menyinggung isu-isu semasa politik.

Perkembangan di Sabah tidak terlepas daripada perbincangan kami. Apa yang turut disentuh kami perihal parti Pas yang tidak mendapat sebarang kerusi di Sabah. Dari satu sisi sikap diambil Pas itu, tidak membantah dan terlalu menunutut kerusi sebagai cara Pas politik matang parti itu. Pas menunjukkan kesetiaan dalam berkawan walaupun kawannya tidak begitu mempedulilkannya. Itulah istimewanya Pas.

Seharusnya baik BN waima PN menyediakan satu kerusi buat Pas sebagai kerursi tanda mata persahabatan. Namun walaupun tidak mendapat kerusi itu namun Pas redha, begitulah cara Pas bersahabat demi mensejahtrakan persahabatan.

Maka atas semangat itu elok benar kalau Pas memberi sokongan sepenuhnya kepada calon-calon BN dan PN yang dimuafakati oleh Pas. Seharusnya semua pemimpin tertinggi Pas daripada Musyidul Am, Ketua Dewan Ulama, Naib Presiden dan Presiden harus menyingsing jubah berkempen memastikan rakan mereka menang.

Berbalik kepada isu Husam yang telah melepaskan jawatan tiada apa-apa maklumat lain yang mengejutkan, ia sepertilah apa yang sudah diketahui. Muktamad beliau telah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Amanah serentak itu sebagai Pengerusi PH Kelantan dan Bendahari PH.

Dengan tiadanya beliau dalam "ward" pepimpinan Amanah, mungkin sesetengah pemimpin tidak lagi berserabut dengannya atau terpaksa membincang idea-ideanya yang berbeza dengan yang lain dan sukar untuk difaham kerana ia terlalu advance.

Dengan itu diharap PH khasnya Amanah lebih maju lagi. Cuma apa nak ditegaskan Husam masih KEKAL dalam Amanah.

Laporan atau pun berita mengatakan beliau keluar daripada Amanah, tidak benar sama sekali. Begitu juga Husam bertelingkah dengan Mohamad Sabu juga tidak berlaku sama sekali. Tidak ada sebab atas apa-apa isu kalau seorang seperti Husam hendak bergaduh atau berterlagah dengan Mohamad Sabu.

Bukan jenis Husam meninggalkan parti dan bergaduh dengan presiden. Masa dalam Pas dulu beliau tidak pernah meninggalkan Pas tetapi dipecat daripada parti itu apabila ada setengah pempimpin Pas tidak dapat menerima kritikan dan tegurannya. Kita memasuki sesebuah organisasi adalah untuk memberi sumbangan, baik idea dan pendapat. Kalau pendapat kita tidak diterima, buat apa kita masih berdegil untuk meluahkannya, merugikan masa sahaja, baik masa itu digunakan untuk bercocok tanam. Lagi pun apabila kita keluar ia tidak menganggu orang lain.

Sebagai seorang yang tidak suka berfoya-foya, membuang masa membincang perkara yang sama berulang kali, tetapi tidak ada kemajuan, adalah menyeksakannya kalau terus berada dalam jawatan dipegangnya. Baik jawatan itu diserahkan kepada orang lain yang mungkin lebih baik daripada pemegang asalnya.

Saya menyimpulkan Husam melepas jawatan itu adalah untuk memberi peluang kepada penjawat yang lebih baik dan lebih canggih idea daripadanya bukan apa demi kemajuan dan masa depan Amanah juga. Kenapa saya kata begitu kerana kalau beliau tidak betah lagi dengan Amanah tentu beliau meninggalkan parti tersebut.

Saya difahamkan Amanah akan memberi tugas-tugas dan peranan kkhas kepada Husam. Saya kira peranan itu tidak perlu diberian kerana selain ia menyusahkan batang tubuh penyandangnya, ia juga akan mengecewakan parti tersebut. Elokkan biarkan Husam jadi ahli biasa sahaja dengan tugas selalu ketua Amanah Kota Bharu. Tentulah orang-orang Amanah tertentu di Kelantan juga gembira tanpa ada bayangan Husam kerana mereka dapat melonjokkan sokongan terhadap Amanah dan boleh melakukan sesuatu yang termasuk budaya yang kontras dengan Amanah.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.