https://critoxium.com/shop/

Terkini

Husam Musa : Masa Depan Yang Sukar Diramal

Oleh - Muammar Qaddafi

Husam Musa adalah satu nama besar dalam politik negeri Kelantan, beliau disebut sebagai anak didik Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) dan mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan almarhum Tuan Guru bahkan dijadikan orang kepercayaan beliau. Beliau pernah disebut oleh Tuan Guru bahawa Husam adalah untuk Malaysia. 

Penglibatan beliau dalam politik cukup lama, bahkan menjadi exco kanan sewaktu pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz, setelah TGNA tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar Kelantan, Husam dilihat telah dikesampingkan dalam kerajaan negeri.

Walaupun mempunyai jasa yang cukup besar kepada parti, bahkan boleh disebut jika digabung jasa Nik Amar , Nassruddin Daud, Fadhli Shaari, Nik Abduh, belum tentu menyamai jasa Husam Musa dalam pembangunan parti dan kerajaan di Kelantan.

Namun pada tahun 2016, Husam telah dipecat dari PAS setelah menegur dan membongkar usaha beberapa pihak dalam PAS untuk membawa kerjasama bersama UMNO.

Beliau kemudiannya menyertai Parti AMANAH Negara, ramai pihak menjangkakan satu momentum baharu dengan kemasukan Husam ke dalam parti sehingga beliau dilantik sebagai Naib Presiden AMANAH, namun entah dimana silapnya, Husam dilihat tidak begitu menyerlah dalam kepimpinan parti.

Walaupun beliau adalah 'orang lama' namun keberadaan beliau tidak mampu menyamai rakan lain yang turut sama lama dalam PAS seperti Mat Sabu, Salahuddin, Khalid Samad, Dr Mujahid, bahkan dilihat at par dengan Hasan Baharom.

Antara faktor yang disebut beliau agak tenggelam, menurut saya sendiri adalah kelewatan beliau dalam menyertai AMANAH, beliau tidak sebagai satu kumpulan sewaktu pembentukan

WALAUPUN beliau sememangnya bersama AMANAH sedari awal penubuhan. Sebagai Adun PAS beliau sudahpun berpencak diatas pentas ceramah AMANAH.

Kesannya adalah apa yang kita dapat lihat sekarang , iaitu ketrampilan beliau sebagai pemimpin AMANAH tidak berjaya ditonjolkan.

Apabila beliau memilih untuk tidak bertanding pada pemilihan lepas , langkah ini tidak membantu politik Husam, dan sekali lagi beliau dilihat sebagai "tidak berminat" sekaligus memberi kesan lebih buruk terhadap nama beliau sebagai pemimpin parti.

Tindakan Husam ini sebenarnya bukan perkara baru, sewaktu dalam PAS pun sebelum ini beliau pernah "menarik diri" cari mencabar Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS walaupun pada pemilihan sebelumnya, undi beliau jauh lebib tinggi berbanding Mohamad.

Beliau dilantik dalam jawatankuasa Nasional, bahkan sebagai Naib Presiden, namun AJK yang dilantik tidak berupaya mengukur kemampuan di dalam parti sekaligus sekali lagi menurutkan merit beliau sebagai pemimpin parti.

Terbaharu keluar ura ura Husam keluar parti kerana tidak senang dengan Presiden, iaitu dalam soal sokong Anwar atau Tun, dan hal ini telah dinafikan oleh beliau namun parti mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai Naib Presiden parti.

Hubungan Anwar dan Husam tidak asing sebagai 'rakan akrab', dan cakap cakap bahawa Husam masih "anwariyyun" itu adalah wujud, dan sebenarnya hal tersebut tidak salah pun.

Perbahasan berkenaan "pro Anwar" , "Pro Tun" dalam AMANAH sebenarnya perlu lebih dibahaskan sebab hakikat kewujudan hal tersebut adalah tidak benar. Apa yang ada hanya usaha untuk mendapatkan kembali mandat yang ambil melalui pengkhianatan.

Masa depan Husam dalam politik, dalam AMANAH sendiri sukar untuk kita unjurkan sekiranya beliau kekal mahu bersifat "low profil",

Move meletak jawatan sebagai Naib Presiden AMANAH mungkin akan membantu melonjakkan kembali nama beliau untuk seketika namun sekiranya tidak ada satu langkah yang benar, sukar untuk meramal masa depan politik Husam dalam arena politik.

Bahkan , andai kata benarlah cakap cakap beliau lebih dekati Keadilan, sukar untuk beliau membina kekuatan politik kembali setelah sekian lama dilihat "tiada". Menurut saya sekiranya itu berlaku (Sertai Keadilan) dan beliau mampu menonjolkan kembali nama beliau sebagai ahli politik nasional, why not.. Saifuddin Nasution adalah contoh pemimpin yang beralih parti dari PAS kepada Keadilan, Saifudin Nasution dilantik sebagai Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat pada 2007 sewaktu beliau masih lagi ahli PAS dan seterusnya itu berjaya membawa beliau ke perdana politik nasional.

Jika benar, andai benar beliau mahu bersama keadilan sekaligus mampu membina kembali nama beliau, saya sendiri berharap AMANAH alu alukan dan raikan, apapun dia tetap rakan komponen kita.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.