Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal mengajak pengundi Sabah menghentikan kuasa politik wang
pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini.
Mohd Shafie
berkata pilihan raya adalah platform untuk rakyat menentukan kerajaan
dipilih dengan menggunakan hak mengundi dan membuang budaya politik
wang.
"Pengundi tidak akan kaya dengan duit diberi RM200 atau
RM300, tidak mampu beli kereta, tidak cukup bina banglo, pengundi ada
maruah dan penentu masa depan anak-anak Sabah," katanya pada majlis
bersama calon-calon Warisan bertemu rakyat di Tawau hari ini.
Menurutnya, undi adalah hak rakyat dan undi tidak seharusnya dijual.
"Undi kamu punya, tangan kamu yang mengundi, jangan jual undi," katanya.
Menurut Mohd Shafie, PRN ini cukup penting untuk rakyat menentukan masa depan Sabah.
Pada PRN ini, Mohd Shafie menghadapi pertandingan lima penjuru dalam mempertahankan kerusi DUN Senallang. - Bernama
Shafie Apdal: Pengundi ada maruah, jangan jual undi kamu
Reviewed by editorreformis
on
September 15, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Dakwaan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berhubung cadangan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan t...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.