Anwar ada ketokohan sebagai PM - Bekas Setiausaha Politik Najib
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'ikon kebangsaan' dan memiliki ketokohan sebagai Perdana Menteri.
Memetik laporan portal Malaysianow, Oh Ei Sun dilaporkan turut memuji Anwar sebagai seorang inklusif dan progresif.
Kata
pegawai bekas Perdana Menteri itu, Anwar adalah ahli politik yang penuh
dengan sifat kepimpinan yang diperlukan dalam demokrasi sihat, biarpun
Presiden PKR itu gagal membentuk kerajaan melalui pembelotan ahli
Parlimen.
"Anwar dapat menyatukan antara
liberal dan konservatif. Anwar mampu memenangi hati kedua-dua kem itu.
Dia berkarisma, ikon kebangsaan,” katanya yang dipetik dalam satu
komentar diterbitkan portal saluran Channel News Asia yang berpusat di Singapura.
Ei
Sun berkata beliau kagum selepas mendengar ucapan Anwar yang mampu
'memetik banyak kata-kata daripada pemikir liberal penting pada zaman
ini'.
“Saya
tidak dapat menahan diri daripada memberitahu rakan di sebelah saya
mengenai dengan idea progresif seperti itu, Anwar boleh menjadi seorang
perdana menteri yang baik,” katanya.
Oh menambah polisi Anwar akan “menyebabkan satu keharmonian kaum yang lebih hebat”.
Komen
itu dibuatnya selepas pengakuan bekas bosnya yang meminta ahli Parlimen
Barisan Nasional (BN) menyokong usaha Anwar bagi menggantikan Tan Sri
Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Terdahulu,
media melaporkan Najib dan PresidenUMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
secara bersama menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
menyatakan sokongan kepada Anwar, yang sebelum itu mendakwa dirinya
mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan
Perikatan Nasional.
Anwar bagaimanapun
gagal mengemukakan bukti dakwaannya semasa dipanggil ke Istana Negara
mengadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 13 Oktober.
Ei
Sun dalam komentarnya turut berkata pertelagahan Anwar bersama bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 disebabkan perbezaan
padangan mereka mengenai pakej pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa
(IMF) untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia ketika Krisis Kewangan Asia.
Ei
Sun turut mendakwa rancangan IMF akan memungkinkan pelaksanaan
“langkah-langkah ketat terhadap rasuah dan kronisme” untuk menjadikan
ekonomi lebih “mesra pasaran”.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.