https://critoxium.com/shop/

Terkini

COVID-19: Angka kematian di seluruh dunia cecah 1.22 juta

 ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 mencecah 1.22 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,221,489 kes.
 
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 233,356 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 160,496 kes.
 
Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 123,611 dan 92,593 angka korban manakala United Kingdom mencatatkan 47,832 kes kematian akibat wabak berkenaan.
 
Sementara itu, Itali (39,764), Perancis (38,721), Sepanyol (38,118), Iran (36,579) dan Peru (34,476), Argentina (32,052) dan Columbia (31,847) pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

 
Rusia (28,996) pula merekodkan angka lebih 25,000 kes korban.
 
Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.