https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pengeluaran KWSP: ‘Jangan hanya pandai mengikut’, kata Annuar


KUALA LUMPUR, — Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak memahami fungsi dan peranan setiap akaun caruman yang terdapat di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum memberi sebarang cadangan terutama melibatkan urusan pengeluaran.

Jelasnya, pemahaman menyeluruh bukan sahaja mengelak daripada terjerumus menjadi ikutan pihak tertentu malah lebih penting menjamin masa depan pencarum selepas tempoh persaraan.

“Fahami bersama apa itu akaun satu dan akaun lainnya. Baru ‘sedap’ berbincang... tidaklah ikut sahaja,” katanya di media sosial, hari ini.

Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata demikian bagi mengulas cadangan seorang pemimpin muda Umno yang menggesa kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran dari akaun KWSP.

Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda Umno Selangor Amin Shukor berkata, kerajaan tidak seharusnya bersikap ‘double standard’ dalam urusan membantu rakyat memandangkan terdapat syarikat yang menerima suntikan bantuan kewangan, lapor Umno Online.

Justeru, Amin mencadangkan pencarum dibenar membuat pengeluaran RM10,000 atau setidak-tidaknya RM1,000 dalam tempoh lima bulan.

Walaupun pencarum telah dibenarkan membuat pengeluaran RM500 setiap bulan ketika ini, jumlah itu katanya adalah tidak mencukupi terutama bagi individu yang mengalami bebanan kewangan serius.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.