https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tempoh Ahli Parlimen bertenang sebelum hari pengundian


Oleh JAMZURI ARDANI 

Ahli-ahli Parlimen jangan nak tunjuk hero bergaduh dengan Speaker sebelum hari mengundi Belanjawan 2021 esok.

Nanti cerita wayang belum habis, hero mati dulu. Speaker memang cari peluang sahaja nak halau Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan supaya tidak boleh mengundi nanti.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang dan sebahagian ahli Parlimen kerajaan yang sedang diekori oleh pihak Cawangan Khas (SB) itu jangan gabrah sangat. Tenang. Itu hanya mainan psywar sahaja. Sampai masa mengundi di Parlimen nanti, bukan SB boleh buat apa-apa pun.

Sebahagian Ahli Parlimen mendapat ugutan dan sebahagian Ahli Parlimen mendapat tawaran supaya menyokong Belanjawan 2021.

Balas kata akan sokong belanjawan. Biar Muhyidin rasa yakin. Sampai masa nanti, terus undi tolak sahaja.

Jangan bangkit sebarang isu yang boleh memecahkan undi pembangkang. Tempoh sampai hari mengundi adalah tempoh bertenang. Apabila belanjawan Muhyidin sudah berjaya ditolak nanti, sambunglah gaduh itu kalau nak gaduh sangat.

Rakyat juga tidak perlu ditakut-takutkan. Belanjawan ditolak bukan bermakna negara akan hancur.

Bukan bermakna gaji kakitangan akan diberhentikan. Negara akan berjalan seperti biasa sehinggalah penyelesaian baru dapat disepakati oleh semua pihak.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.