https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ujian saringan Ras Adiba, 10 keluarga negatif Covid-19


KUALA LUMPUR, — Ahli Dewan Negara Senator Ras Adbia Radzi mengumumkan hasil ujian saringan dirinya dan 10 ahli keluarga negatif Covid-19.

“Kami ingin berkongsi berita mengenai keputusan saringan Covid-19 kami sekeluarga.

“Keputusan semua 10 orang ahli keluarga yang disaring adalah negatif.

Ras Adiba yang mewakili golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di parlimen kelmarin berkata pegawai khas yang juga adiknya positif jangkitan wabak.

Katanya, Ras Fiona kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, manakala dirinya dan keluarga menjalani kuarantin kendiri.

Disebabkan itu, sidang Dewan Rakyat yang bermula kelmarin dipendekkan tempoh hingga tengah hari, umum menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Takiyuddin Hassan berkata beberapa kakitangan Dewan Negara turut positif Covid-19 dan menjangkakan beberapa individu mungkin turut dijangkiti.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini dilapor berkata, semua petugas dan ahli parlimen diwajibkan membuat ujian saringan Covid-19 setiap dua minggu.

Katanya langkah itu dibuat susulan penularan Covid-19 dan tidak menolak kemungkinan menutup parlimen jika ada yang dijangkiti virus itu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.