https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ebit Lew umum diminta hentikan misi bantuan di Semporna


PENDAKWAH bebas Ebit Lew mengumumkan beliau diminta untuk menghentikan misi bantuannya di Semporna, dua hari selepas beliau menghebahkan misinya sempat mengIslamkan 157 penduduk Bajau Laut di perairan daerah itu.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah. 

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna, minta diberhentikan bantuan di sekitar sini,” tulisnya di Facebook hari ini.

Ebit tidak menjelaskan kenapa beliau diminta untuk menghentikan misinya sebaliknya hanya menyebut diberitahu boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun.

Menurut Ebit, beliau akan Tawau untuk menunggu penerbangan dari sana.

“Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah,” tambahnya.

Waratwan  sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada Ebit dan pihak berkuasa.

Beberapa jam sebelum itu, Ebit memuatkan satu hantaran yang menunjukkan beliau menziarahi anggota keselamatan yang bertugas di sekitar Semporna, yang turut menyediakan bantuan untuk misi kebajikan pendakwah itu. 

Semalam, Mufti Sabah Bungsu Aziz dipetik berkata pihaknya mengalu-alukan usaha Ebit mengIslamkan masyarakat Bajau Laut yang tidak bernegara itu, namun menjelaskan kebanyakan mereka sudah pun beragama Islam sebelum ini.

Sebuah badan dakwah di Sabah juga mendakwa sudah menjalankan kerja-kerja di dakwah sejak dua tahun lalu di kawasan pulau yang dikunjungi oleh Ebit pada Ahad.

Mereka juga telah beberapa kali menghantar bantuan makanan kepada masyarakat Bajau Laut berkenaan sejak penularan Covid-19 setahun yang lalu.

Ebit semasa mengumumkan tindakan mengIslamkan 157 etnik Bajau Laut itu pada Ahad berkata mereka bertanya kepadanya “siapa tuhan, tuhan itu apa”.

Ebit sedang dalam misi bantuan selama 10 hari sejak Khamis lalu ke wilayah pantai timur Sabah meliputi Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna. Misi itu turut mendapat tajaan beberapa pihak termasuk beberapa syarikat penerbangan.

Bajau Laut adalah etnik yang mengamalkan hidup berpindah randah di laut. Sebahagian besar mereka dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. –

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.