https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Apakah PAS bersama kita atau Bersatu ?


KUALA LUMPUR: PAS perlu menyatakan pendirian sama ada mahu memperkasa Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO atau terus bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata persoalan itu penting kerana UMNO perlu mengetahui siapa musuh yang perlu dihadapi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

"Kita (UMNO) dengan MN sehingga saat ini akan terus mempertahan dan memperkasakan MN, namun sudah tentu kita harus bertanya kepada PAS.

"Apakah pendirian (PAS) lebih-lebih lagi ketika Presiden BERSATU (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedia bertanding di semua kerusi UMNO.

"Jadi apakah mereka akan bersama dengan kita atau sebaliknya," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, UMNO juga tidak mahu wujud insiden 'tikam belakang' apabila memasuki gelanggang pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, beliau berkata, UMNO sentiasa mahu mempertahan dan memperkukuhkan kerjasama dalam MN seperti yang disuarakan beberapa perwakilan pergerakan itu.

"Apabila kita masuk ke gelanggang (pilihan raya) kelak, kita kena tahu siapa musuh kita supaya tidak ada yang tikam belakang," katanya.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.