https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pasca 2020: Ke mana hala tuju Malaysia?


 Oleh Liew Chin Tong

Pada tahun 1991, Wawasan 2020 diperkenalkan, termasuk konsep Bangsa Malaysia. Tiga dekad selepas itu, tahun 2020 telah berlalu, tetapi Malaysia masih tidak jelas tentang matlamat yang ingin dicapai.

Kita perlu bentuk idea yang bersesuaian dengan kepelbagaian budaya dan menyuntik dinamik baru dalam ekonomi global beberapa dekad akan datang.

Wawasan 2020/Bangsa Malaysia telah dipinggirkan pada tahun 2005 oleh UMNO dengan pelbagai skandal rasuah. Malaysia hilang arah tuju dalam 15 tahun. Cubaan Pakatan Harapan untuk membina asas yang baik telah ditumbangkan dalam tempoh dua tahun.

Tahun 2020 adalah tahun yang mendukacitakan. Langkah Sheraton menjatuhkan kerajaan PH dengan idea kerajaan ‘Penyatuan Melayu’ boleh dibentuk tanpa DAP dan bukan Melayu diletak sebagai musuh.

Perselisihan Umno – Bersatu menunjukkan kuasa adalah matlamat utama mereka. Perbezaan ‘dua darjat’ antara mereka yg mempunyai hubungan dengan orang politik berbanding dan orang kebanyakan adalah jurang yang sebenar sekarang, bukan antara orang Melayu dengan bukan-Melayu.

Kombinasi faktor yang baharu diperlukan untuk menawarkan pertumbuhan ekonomi, budaya dan kestabilan politik buat Malaysia yang kian lemah akibat krisis Covid-19 dan ekonomi yang buruk.

Perkara yang tidak dapat dielakkan seperti:

Pertama, Identiti. Tanpa mengekang politik identiti, tidak ada idea baharu yang mampu bertahan lama. Pengajaran beberapa dekad yang lalu telah membuktikannya. Berhadapan dengan identiti memerlukan pemikiran baharu dan menyeluruh.

Kedua, Membangunkan demokrasi. Malaysia berada dalam situasi demokrasi 50:50 sejak 2008. Ini adalah normal baharu. Malaysia mampu mencapai tadbir urus yang baik melalui pembinaan gabungan parti yang mempunyai kekuatan yang sama.

Ketiga, Membina pertumbuhan inklusif. Malaysia perlu membina kitaran baik dalam pendapatan, kualiti, teknologi dan produktiviti tinggi. Hanya mencapai tujuan ini sahaja pertumbuhan dinamik dan saksama dapat dilaksanakan.

Keempat, Pemikiran baru Keselamatan. Cabaran keselamatan hari ini sudah berubah. Kita perlu pemikiran keselamatan di mana agensi keselamatan bekerjasama dengan pakar sivil untuk menghadapi cabaran keselamatan dengan pendekatan menyeluruh masyarakat, yang akan membantu pembinaan negara bagi rejuvenasi Malaysia.

Kelima, Dunia kini menjadi multipolar dan negara-negara kecil yang berpotensi untuk mencapai status kuasa pertengahan. Malaysia perlu menonjolkan keunikan budaya, kehebatan ekonomi dan kepentingan wilayahnya dengan lebih berkesan dengan pandangan jangka masa panjang mengenai kepenting global.

Malaysia akan menghadapi pelbagai cabaran untuk masa hadapan dan kita perlu gagasan baru politik Malaysia

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.