Apa akan berlaku jika PM Muhyiddin hilang majoriti?
KUALA LUMPUR: Kemelut politik negara ibarat tiada penghujung.
Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menjelaskan tidak
meletakkan jawatan kerana tiada seorang ahli Dewan Rakyat lain yang
dapat membuktikan mempunyai majoriti yang mencukupi.
Perkara
43(4) Perlembagaan Persekutuan hanya menetapkan dua pilihan untuk
seseorang Perdana Menteri yang tidak mendapat sokongan majoriti - iaitu
mengadakan pilihan raya atau meletakkan jawatan bersama seluruh anggota
Kabinet.
Apa akan berlaku jika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti?
1.
Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan dan boleh mengusulkan kepada Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
berdasarkan Perkara 43(4) untuk membubarkan Parlimen.
2.
Mengikut Perkara 40(2), Yang di-Pertuan Agong boleh menyatakan sama ada
tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen tersebut kerana faktor
pandemik COVID-19.
3. Apabila Muhyiddin meletakkan jawatan, ia termasuk Kabinet keseluruhan kerana kerajaan yang terbentuk sudah hilang majoriti.
4.
Proses seterusnya terletak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
menentukan siapa yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.
5.
Apa yang akan berlaku mungkin sama dengan tahun 2020 apabila terjadi
pertukaran kerajaan dari Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional
(PN).




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.