https://critoxium.com/shop/

Terkini

Dedak


1. Ada satu cerita mengenai politik di Rusia. Negara asal Komunis sebelum merebak ke seluruh dunia. Diceritakan bagaimana Stalin memerintah negara. Dia ibaratkan rakyat sebagai sekawan ayam. Walaupun dicarik2 bulu hidup2, disiksa sampai berdarah. Tiba masanya untuk makan DEDAK, mereka menurut jua. Diekorinya kita merata.
 
2. Kata Stalin, itu cara bagaimana nak jaga rakyat. Rampas segala yang penting kepada mereka, mereka akan mengikut saja demi sekelumit dedak. Dalam konteks rakyat, perkara penting yang Stalin rampas ada tiga. Iaitu intelek, prinsip dan nilai. Dia taknak rakyatnya ada semua ini. Kerana susah nanti untuk dia memerintah.
 
3. Itu cerita negara Rusia, sebuah negara sosialis, yang rata2 rakyatnya susah dan bergantung berat kepada Kerajaan. Sampai sekarang Rusia masih lagi struggle nak jadi kuasa besar dunia. Ada yang kata kerana pemimpinnya rasuah dan banyak salah guna kuasa. Ramai juga kata kerana rakyatnya dah penuh lemak. Makan dedak punya lama buatkan mereka jadi lemah.
 
4. Satu lagi negara sosialis iaitu China, lain cerita. Sekarang adalah kuasa besar dunia. Baik dari aspek ekonomi ataupun geopolitik. China dulunya pun negara susah. Tapi ramai yang kata resepi China kena pada gaya. Di sana, perasuah hukumannya ditembak mati. Rakyatnya pula diajar berusaha keras bangunkan negara. Teknologi dan digitalisasi dijadikan tumpuan. Maka ramai yang jadi kaya dan cukup makan.
 
5. Dari konteks politik Malaysia, kita tahu betapa berpengaruhnya peranan DEDAK dalam politik. Propoganda cytro pun dok komplen. Apa kelassss dapat 30 hengget?! Tak kisah la negara hutang bertambah punya banyak, dibuat lubang baru untuk ditambus lubang lama. Yang penting Kerajaan harus sentiasa memberi, buat rakyat happy.
 
6. Pada saya Dedak ni ada jenisnya. Kita pun kena clear juga. Kalau orang susah, nelayan atau petani yang bergantung hidup dengan hasil laut dan tani, RM100 dari YB tu besar nilainya. Tambah lagi kalau rezeki tak menentu. Tu sebab budaya memberi “duit salam” kepada mereka di kampung tu perkara biasa. Orang kampung pandang ia sebagai suatu sedekah daripada orang kaya.
 
7. Namun demikian, budaya itu merebak tak kena gaya. Ada sesetengah berpikir kalau senang2 dapat bantuan daripada YB dan Kerajaan, kenapa nak susah2 lagi. Tu sebab ada kes nelayan pergi ke laut bukan nak cari ikan. Dijualnya diesel bersubsidi di tengah lautan. Kerja boleh settle dalam sejam, buat apa nak susah2, itu dalam fikiran.
 
8. Ada sesetengah petani pula daripada susah2 membanting tulang, lagi senang pajakkan tanah. Mintak orang lain kerjakan lagi mudah. Hujung tahun, yang penting dapat buat umrah.
9. Saya tak kata semuanya begitu, tapi ramai juga perangai lagu tu. Buat orang labelkan kita “malas” dan suka shortcut nak cepat kaya. Padahal ramai Melayu dan Bumiputera yang genuine, yang keluar keringat sendiri untuk berjaya.
 
10. Ada pulak slogan “Cash is King” dalam polisi ekonomi. Pada mereka ini, campak saja CASH semua settle. BRIM RM1000 diberi sekali setahun, bantuan dedak dicampak sana sinun. Tapi dibelakang2 dana negara disamun. Pada dia, dengan dedak ini boleh buat Rakyat mengelamun. Maka tertutup la cerita Jho Low dan kuncu2.
 
11. Zaman Tun Razak dulu, pemimpin pun diajar susah. Susahnya nak mendapat sokongan Rakyat. Beliau masuk kampung bukan hanya sembang2 di kedai kupi. Diredahnya segenap pelusuk kawasan. Hutan belantara mahupun banjir besar2an. 
 
12. Ada veteran UMNO ceritakan. Bagaimana Tun Razak pakai tongkat masuk kampung dan Felda. Bagi kata semangat kepada Rakyat untuk dapatkan sokongan. Yang paling penting pada pemimpin dulu, adalah Pendidikan. Mereka tak ajar rakyat hanya semata2 mengharapkan bantuan.
 
13. Untuk rekod, budget negara untuk Pendidikan makin menurun. Pada tahun 80an hingga awal tahun 2000, budget Pendidikan adalah 6%-8% daripada nilai GDP negara. Pada tahun 2015 dan seterusnya turun ke 4%-5% sahaja. Biasiswa keluar negara pun makin berkurang. Anak2 tak banyak peluang berbanding dulu. Apa sebabnya kita perlu tahu.
 
14. Yang pastinya, pemimpin sekarang nak kerja senang. Nak sokongan mereka hanya taburkan dedak. Apa saja masalah, pakai saja ringgit dan sen. Ada pemimpin desak keluar saja duit KWSP Rakyat. Tak kisah la simpanan hari tua mereka bagaimana. Kalau susah sangat, pakai saja dana rumah dia RM100juta. Itu semua wayang populis semata2. 
 
15. Tapi jangan kita lupa hutang negara kerana 1MDB hingga RM32 bilion. Ntah negara kena bayar sampai berapa generation. Belum cerita cukai dia dan keluarga yang tak berbayar. Itu pada dia tak perlu malu. Kalau begitu, macam mana la negara nak maju?
 
16. Jadi kita sebagai rakyat kena membantu. Tolak pemimpin berperangai begitu. Ingat cerita Stalin tadi dengan ayamnya? Dia carik bulu ayam hidup2. Jangan diberi pemimpin buat kita begitu. Jangan pilih pemimpin yang bodoh2kan kita dengan duit. 
 
17. Pilih pemimpin yang naikkan intelek anak2 kita dan keluarga. Pilih pemimpin yang tekankan prinsip dan nilai hidup, bukan hanya dalil agama semata2. Yang paling penting bukan sejenis yang korup dan suka salah guna kuasa.
 
18. Pemimpin yang baik bukan hanya pikir untuk menang pilihanraya. Dia pikirkan nasib anak bangsa. Terutamanya untuk cucu cicit kita. Ingatlah kalau rasuah dan salah guna kuasa berleluasa, nescaya meranap la negara. Itu sudah terbukti dalam sejarah sekian lama. 
 
19. Kalau negara meranap, cer cerita. Di mana pula anak2 kita nak pertahankan bangsa dan agama?
Wallahu a’alam.
 
Salam hormat,
Liyana Marzuki

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.