https://critoxium.com/shop/

Terkini

Muhyiddin mungkin tidak pertahan DUN Gambir


PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mungkin tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini sebaliknya akan memberi laluan kepada muka baharu untuk diketengahkan.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi membolehkannya memberi tumpuan di Parlimen, menguruskan parti peringkat pusat dan menyampaikan mesej perjuangan parti.

“Jadi saya mahu bagi peluang kepada tokoh di Johor dan terserah kepada merekalah siapa yang mahu diisi, kita akan putuskan nanti.

“Saya mungkin tidak akan bertanding. Ini terserah kepada pimpinan tentukan (calon). Saya mahu tumpukan sepenuh masa kepada yang lebih utama iaitu Parlimen, menguruskan parti pada peringkat pusat dan menyampaikan mesej perjuangan kita,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Shah Alam, malam ini.

Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan lebih ramai calon muka baharu ditampilkan parti itu dalam PRN berkenaan.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Muhyiddin menang di DUN Gambir dengan majoriti 3,088 menewaskan calon BN, M Asojan dan Mahfodz Mohamed dari PAS.

Beliau meraih 10,280 undi, Asojan (7,192) manakala Mahfodz, 1,806 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Feb depan bagi menentukan hari penamaan calon, hari mengundi awal dan hari mengundi.

DUN Johor dibubarkan pada 22 Jan lalu selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran sekali gus memberi laluan kepada PRN dalam tempoh 60 hari.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.