asih adakah peluang untuk Malaysia diselamatkan atau sudah ditakdirkan menjadi kleptokrasi?
Oleh
Projek pasca-persaraan pertama saya adalah sebuah buku mengenai sama ada Malaysia boleh membatalkan kemunduran yang dihadapi setengah abad yang lepas dan menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang 2040 atau 2050
Untuk tiga minggu yang lepas selepas saya mengumumkan persaraan politik saya, saya telah memikirkan mengenai perkara-perkara berikut:
1. Sama ada kita mampu untuk memperbetulkan kemunduran yang telah dihadapi negara dalam setengah abad yang lepas untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang 2040 atau 2050.
2. Sama ada kita boleh kembali kepada prinsip asas pembinaan negara seperti perpaduan, doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, integriti, tadbir urus yang baik, hormat terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asas yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara
3. Sama ada kita dapat menghentikan terjadinya Diaspora Malaysia Kedua, selepas lebih daripada sejuta rakyat Malaysia yang berbakat tanpa mengira kelas, tersepah ke serata dunia membentuk Diaspora Malaysia Pertama, menjadikan negara lain yang hebat dan bukannya Malaysia.
Pada asasnya, persoalannya berkisar mengenai sama ada Malaysia masih boleh diselamatkan, atau adakah Malaysia memang sudah ditakdirkan ke arah menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan sebuah negara yang gagal.
Dalam setengah abad yang lepas, Malaysia telah ditinggalkan di belakang negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura, dan Vietnam. Adakah kita juga akan ditinggalkan di belakang lebih banyak negara, termasuklah Filipina dan Indonesia, menjelang 2040 atau 2050?
Saya telah membuat keputusan mengenai projek pasca-persaraan pertama saya – untuk menulis sebuah buku mengenai persoalan-persoalan yang sepatutnya berlegar dalam fikiran semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini.
Saya percaya yang semua rakyat Malaysia yang berfikir mempunyai idea masing-masing mengenai bagaimana kita dapat mendekati persoalan-persoalan ini dan saya jemput anda semua untuk menulis dan berkongsi renungan dan perspektif anda semua dalam bulan-bulan yang akan datang untuk membantu saya menulis buku ini.
Inilah bukti terhebat cinta dan patriotisme kita kepada Malaysia.
Sejak kebelakangan ini, muka-muka akhbar dipenuhi dengan berita suram mengenai masa hadapan Sri Lanka, seperti yang ditunjukkan oleh tajuk-tajuk berikut:
“Pengajaran daripada kegagalan ekonomi Sri Lanka” (10 April 2022); “Bagaimana krisis ekonomi Sri Lanka terjadi selepas berdekad-dekad lamanya” (6 April 2022), “Sri Lanka di ambang menjadi negara gagal” (3 April 2022), “Bagaimana Sri Lanka Menjadi Negara Pengemis” ( 5 Jan 2022), (25 Mac 2022), “Ekonomi Sri Lanka telah ‘mencapai titik terendah,’ Memberi Tekanan kepada Presiden” (25 Mac 2020”),
“’Tiada wang lagi’: Krisis Covid meninggalkan Sri Lanka di ambang muflis” (2 Jan 2022), “’Sri Lanka menjadi negara gagal’ amaran dari bekas menteri kewangan” (29 Julai 2021) dan “Ribut kegagalan Sri Lanka” (23 April 2019).
Malaysia juga tidak terlepas daripada menerima amaran-amaran yang mengatakan kita juga sedang berhadapan kemungkinan menjadi sebuah negara gagal seperti Sri Lanka, seperti yang ditunjukkan dalam tajuk-tajuk artikel seperti berikut:
“Malaysia Menuju ke Arah Negara Yang Gagal” (8 Julai 2021); “Adakah Malaysia sebuah negara yang gagal? Inilah faktanya” (14 Julai 2021); “Ketidakadilan stereotaip Malaysia sebagai negara gagal: (14 Julai 2021); “Adakah Malaysia Sebuah Negara Gagal” (25 Julai 2021”); “Adakah Malaysia benar-benar berada di landasan untuk menjadi sebuah negara gagal” (28 Julai 2021); “Belum lagi gagal, Malaysia semakin merosak” (10 Sept. 2021).
Adakah Malaysia sedang ke arah menjadi satu lagi Sri Lanka dan akan berhadapan dengan nasib sebagai sebuah negara gagal?
Perkara ini layak menerima perhatian penuh semua rakyat Malaysia yang patriotik.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.