https://critoxium.com/shop/

Terkini

Belum ada perbincangan kerjasama PH-Muda


KUALA LUMPUR: Belum ada perbincangan mengenai kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas perkara itu ketika ditemui media selepas Simposium Perubahan Iklim yang berlangsung di Parlimen.

“PH belum membincangkan hal ini, perkara ini tidak atau belum berbangkit.

“Soal kerjasama dan perbincangan itu tiada masalah baik dalam kalangan pembangkang tetapi untuk penyertaan dalam PH itu belum dibincangkan dalam Majlis Presiden PH,” katanya ringkas.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah beberapa kali dilihat mengikuti majlis yang digerakkan PH malah turut menghadiri simposium yang berlangsung hari ini.

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan jika parti itu akan bekerjasama atau menjadi parti komponen pakatan itu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, parti-parti komponen PH telah bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Daripada renungan saya, jawabnya belum pasti tetapi bagi pihak PKR dan PH, kita memang bersiap untuk menghadapi pilihan raya umum pada November,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.