https://critoxium.com/shop/

Terkini

‘Keluar rumah bungkus anak tu, jangan bagi orang nampak’


Orang ramai dilihat mengecam sikap seorang selebriti yang dilihat berlebihan ekoran tersebarnya gambar wajah anaknya selepas dikongsi di laman sosial oleh warganet tanpa kebenaran.

Di media sosial, rata-ratanya memberi reaksi cemuhan dan sindiran termasuk mencadangkan supaya pengacara berkenaan bungkus anak dengan beg plastik.

“Keluar rumah bungkus anak tu, jangan bagi orang nampak.

“Lain kali pakaikan baldi dekat kepala anak kau tu.

“Bungkuslah anak kau kat public. Takkan itu pun nak ajar. Plastik sampah banyak, guni bawang ada. Plastik Giant, takkan takde?” antara kecaman dan sindiran warganet di ruangan komentar Facebook Awani.

Tidak kurang juga berharap suami usahawan berkenaan agar menasihati isterinya agar berhenti membuat kenyataan dan tindakan tidak bijak.

“Mohon jasa baik si suami tegurlah bini supaya menjaga maruah keluarga dari hal remeh-temeh bodo piang nih.

“Malulah dari akad nikah sampai hari ini asyik berita bodoh macam ni. Lainlah kalau anak tu boleh azan dari lahir,” perli seorang netizen.

Berhubung soal menghormati privasi seperti dibangkitkan pelakon itu, netizen menyifatkan tuntutan tersebut sebagai ‘pelik’.

“Apa motif dia tunjuk anak dia sipi-sipi sebelum ni. Lebih baik simpan anak dia tu dalam rumah. Jangan bagi keluar. Kalau keluar, orang nampak pula.

“Kalau nak orang hormat privasi keluarga, tak payah dok sekejap-sekejap tayang foto anak tapi ditutup.

“Tayang kakilah, tayang tanganlah, bagi dengar suaralah. Lepas tu marah pula,” komen warganet.

Dalam masa sama, orang ramai juga mendoakan agar anak pasangan selebriti itu lebih bijak dan mempunyai kecerdasan emosi lebih tinggi tanpa mengikut jejak perangai ibu bapanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.