https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerana mahu menebus kesilapan langkah politik sebelum ini penyandang DUN Titi Serong mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15 nanti bagaimanapun akan memberi laluan kepada calon daripada Pakatan Harapan (PH) “Saya dengan rendah hati ingin memohon ribuan kemaafan kepada penyokong dan pendokong saya di kawasan Titi Serong yang mana saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi PRU15 ini,” kata Hasnul Zulkarnain Abd Munaim. Beliau yang juga bekas ADUN AMANAH membuat keputusan yang berat itu bagi menebus kesilapan langkah politiknya sebelum ini dan seterusnya memberi laluan kepada calon dari Pakatan Harapan di Dun Titi Serong. “Saya akan turun berkempen bagi memenangkan calon Parti AMANAH dan PH di dun atau parlimen yang ditandingi. “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpanan AMANAH Kawasan Parit Buntar, Perak dan juga AMANAH Nasional yang telah meletakkan saya sebagai calon pada PRU yang lepas. “Dikesempatan ini juga saya ingin menyatakan penghargaan kepada mantan YAB MB Dato Seri Peja dan juga YAB Dato Seri Saarani Mohamad serta penjawat awam kerajaan negeri dan pejabat daerah Kerian kerana banyak membantu menjayakan agenda pembangunan di Dun Titi Serong. “Tidak lupa juga nama2 dibelakang tabir yang banyak membantu saya untuk menabur khidmat di Dun Titi Serong khususnya Abg Amran, Husnin, Cik Aqilah dan Cik Amirah serta brothers saya, Zuandy, Azmi ali, Kelana Jauhari, Salleh Kasah, Cikgu Razif, Cikgu Rizal, Ustazah Maziah, Cik Ton dan ramai lagi yang tak dapat nyatakan nama mereka. “Insha Allah persahabatan kita bukan terbatas atas hubungan ketika saya sebagai Adun sahaja malah seperti sebuah keluaga yang besar. Saya sayangi kalian semua,” katanya. Hasnul pada Mac 2020 mengumumkan keluar Amanah susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak, bersama ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam, dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong menteri besar ketika itu, Ahmad Faizal Azumu. Hasnul pada Jun 2020 menjadi ahli Bersatu, namun pada Disember tahun sama mengaku memberi sokongan kepada pemimpin Umno, Saarani Mohamad, sebagai menteri besar menggantikan Faizal, dan juga dipecat keahliannya. Hasnul pada Jun 2021 mendakwa beliau keluar Amanah kerana bimbang tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, susulan dana kepada pembangkang terhad.


Kerana mahu menebus kesilapan langkah politik sebelum ini penyandang DUN Titi Serong mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15 nanti bagaimanapun akan memberi laluan kepada calon daripada Pakatan Harapan (PH)

“Saya dengan rendah hati ingin memohon ribuan kemaafan kepada penyokong dan pendokong saya di kawasan Titi Serong yang mana saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi PRU15 ini,” kata Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Beliau yang juga bekas ADUN AMANAH membuat keputusan yang berat itu bagi menebus kesilapan langkah politiknya sebelum ini dan seterusnya memberi laluan kepada calon dari Pakatan Harapan di Dun Titi Serong.

“Saya akan turun berkempen bagi memenangkan calon Parti AMANAH dan PH di dun atau parlimen yang ditandingi.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpanan AMANAH Kawasan Parit Buntar, Perak dan juga AMANAH Nasional yang telah meletakkan saya sebagai calon pada PRU yang lepas.

“Dikesempatan ini juga saya ingin menyatakan penghargaan kepada mantan YAB MB Dato Seri Peja dan juga YAB Dato Seri Saarani Mohamad serta penjawat awam kerajaan negeri dan pejabat daerah Kerian kerana banyak membantu menjayakan agenda pembangunan di Dun Titi Serong.

“Tidak lupa juga nama2 dibelakang tabir yang banyak membantu saya untuk menabur khidmat di Dun Titi Serong khususnya Abg Amran, Husnin, Cik Aqilah dan Cik Amirah serta brothers saya, Zuandy, Azmi ali, Kelana Jauhari, Salleh Kasah, Cikgu Razif, Cikgu Rizal, Ustazah Maziah, Cik Ton dan ramai lagi yang tak dapat nyatakan nama mereka.

“Insha Allah persahabatan kita bukan terbatas atas hubungan ketika saya sebagai Adun sahaja malah seperti sebuah keluaga yang besar. Saya sayangi kalian semua,” katanya.

Hasnul pada Mac 2020 mengumumkan keluar Amanah susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak, bersama ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam, dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong menteri besar ketika itu, Ahmad Faizal Azumu.

Hasnul pada Jun 2020 menjadi ahli Bersatu, namun pada Disember tahun sama mengaku memberi sokongan kepada pemimpin Umno, Saarani Mohamad, sebagai menteri besar menggantikan Faizal, dan juga dipecat keahliannya.

Hasnul pada Jun 2021 mendakwa beliau keluar Amanah kerana bimbang tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, susulan dana kepada pembangkang terhad.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.