Banyak geng PN/ PAS guna UEC sebagai modal perkauman.
Ketika
PH memerintah 22 bulan, bukan saja UEC tidak diiktiraf untuk kemasukan
ke IPTA, malah masuk Maktab Perguruan pun tidak boleh guna UEC. Itu
keputusan Jemaah Menteri.
Ini menyebabkan DAP dibantai oleh Gerakan dan MCA. DAP terciduk. Walhal benda tu masuk dalam manifesto.
Parti
Gerakan juga cukup gembira bilamana UEC diiktiraf di Sabah. Siap puji
melambung. Tahun 2019, Parti Gerakan siap sound Menteri Maszlee Malik
kenapa nak tunda pengiktirafan UEC.
Sekarang parti Gerakan dah duduk sekolam dengan PN/ PAS. Tapi bab ni mereka senyapkan.
Zaman
PN jadi Menteri Pendidikan, tahun 2020 mereka pun iktiraf UEC untuk
masuk buat program perguruan. Itu takde pulak nak diberitahu. Saya
kepilkan bukti kenyataan Kementerian Pendidikan tahun 2020 masa Menteri
Radzi Jiddin berkuasa.
Peliknya,
zaman DAP dalam Kerajaan, UEC tak diiktiraf bukan saja untuk kemasukkan
IPTA, nak jadi cikgu pun tak boleh. Zaman PN/PAS dibolehkan pula. Pastu
dok canang benda ni jadi retorik politik kaum dan agama.
Tu sebab kalau propaganda kaum ni, kita kena hati2 betul. Mereka menangguk di air keroh.
Pada
saya, kalau pun nak iktiraf UEC, ketatkan syaratnya. Jangan bagi begitu
saja la. Kita hanya ada satu Dasar Pendidikan Negara. Boleh masukkan
syarat ketat kena dapat kredit dalam Kertas SPM Bahasa Melayu dan
Sejarah serta kena hadir kursus Kenegaraan sebulan.
Kalau tak sampai sudah tak settle. Kutu2 ni pulak buat modal politik nak berkuasa. Bila mereka naik, 2x5.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.