https://critoxium.com/shop/

Terkini

DAP kena sabar, kata Loke berkait dakwaan ‘Islamofobia’ Hadi

 


PETALING JAYA: DAP mengambil pendirian bersabar dan akan membuat penjelasan terhadap segala tuduhan dilemparkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadap parti itu, kata setiausaha agungnya, Loke Siew Fook.

Katanya, Hadi didakwa cuba melaga-lagakan parti membentuk kerajaan perpaduan dengan tuduhan DAP menyebar dan mempromosikan Islamofobia.

Beliau berkata, jika ada tuduhan dan dakwaan Hadi tersebut berunsurkan fitnah, DAP akan membuat laporan polis.

“Itu memang cuba melaga-lagakan DAP, sudah tentu apa yang kita capai sekarang ini, kerajaan perpaduan, mereka nak laga-lagakan.

“Kena bersabar, akan buat penjelasan, kalau ada apa-apa perkara yang kami rasakan fitnah, maka kami akan buat laporan polis,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Hadi dilaporkan mendakwa DAP bersikap melampau iaitu walaupun cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin daripada wajah Melayu Islam, namun tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan Islam.

Ahli Parlimen Marang itu juga menuduh DAP sebenarnya menyebarkan fahaman Islamofobia terhadap golongan Bumiputera bukan Islam walaupun pemimpin parti itu pernah memohon maaf terhadap kesilapan lalu.

Susulan itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, menggesa Hadi membuat laporan polis susulan dakwaannya yang DAP mempromosikan Islamofobia kepada golongan bukan Islam di negara ini.

“Sewajarnya dilapor kepada polis, jika ia terbukti benar. Hentikanlah sebar kebencian, kepalsuan.

“Jika benar DAP seperti apa yang dituduh, buat laporan polis. Biar pihak berkuasa ambil tindakan,” katanya di Twitter.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.