https://critoxium.com/shop/

Terkini

Dipersoal isu saham Invoke, Rafizi gesa PN, BN turut isytihar harta

 

Calon PKR bagi Parlimen Pandan Rafizi Ramli menyifatkan kritikan Perikatan Nasional (PN) berhubung perincian dalam pengisytiharan hartanya sebagai "remeh-temeh" dan mengabaikan hakikat bahawa pihak lain gagal menunjukkan ketelusan yang serupa.

Rafizi berkata serangan tersebut hanyalah untuk mengalihkan perhatian dan menunjukkan mereka tidak faham industri teknologi dan suasana pelaburan dalam syarikat pemula (startup).

"Seperti dijangka, reaksi dari BN dan PN adalah untuk menimbulkan perkara remeh-temeh berkenaan pengisytiharan harta saya. Saya sudah menjangkakan reaksi mereka dan itu memberi bola tanggung kepada kami dalam kempen PRU15," katanya dalam kenyataan hari ini.

ADS

"BN dan PN tidak berani mengisytiharkan harta. Dalam keadaan rakyat menilai untuk memilih calon yang bukan sahaja mengaku bersih tetapi dibuktikan bersih, kegagalan BN dan PN mengisytiharkan harta membezakan kredibiliti antirasuah PKR dan parti-parti BN dan PN," katanya lagi.

Antara pihak yang mengkritik perkara itu adalah Rashid Hasnon dari Bersatu yang mempersoalkan jika Rafizi mengumpul kekayaan menggunakan sumbangan orang ramai, memandangkan Invoke meminta dana awam ketika mula ditubuhkan.

Ada juga yang mempersoalkan nilai aset Invoke dan kedudukan kewangan syarikat berkaitan analisis data itu.

Invoke menjadi tumpuan kerana sebahagian besar aset yang diisytiharkan Rafizi adalah saham syarikat itu, yang diasaskannya pada 2017 dan menjadi pemegang majoritinya.

Dalam pengisytiharan harta Rafizi, nilai saham itu berjumlah RM17 juta.

'Tak faham penyata kewangan'

Menjawab kritikan berkenaannya, Rafizi berkata dia tidak meninggikan nilai saham Invoke dan penilaian saham dibuat berdasarkan harga yang dibayar pelabur berasaskan "willing buyer, willing seller".

"Terbitan saham terakhir Invoke dalam 2022 adalah pada nilaian RM75 juta. Nilaian ini sebenarnya lebih rendah dari nilaian rasmi yang dibuat oleh Craddle, sebuah agensi rasmi

kerajaan yang meletakkan nilaian Invokepada harga RM105 juta," katanya.

Katanya lagi, dakwaan bahawa syarikat itu mengalami kerugian menunjukkan pihak yang membuat dakwaan itu tidak faham membaca penyata kewangan.

Ini kerana, katanya, Invoke berjaya meraih keuntungan kecuali pada 2019, iaitu ketika tahun pertama syarikat itu menjadi entiti komersial sepenuhnya.

Dia juga berkata jangkaan keuntungan untuk tahun kewangan 2022 adalah RM1.5 juta.

Jasa Invoke terhadap Rashid

Berkenaan dakwaan Rashid bahawa dia mengumpul kekayaan daripada sumbangan awam, Rafizi menegaskan sebahagian besar pelaburan dalam Invoke adalah dari simpanannya sendiri.

Dia berkata memiliki simpanan yang besar hasil ketika dia bekerja sebagai akauntan bertauliah di London, sebelum menyertai Petronas dengan pendapatan RM25,000 sebulan, bonus sehingga 12 bulan untuk setahun serta menerima pampasan RM400,000 ketika Petronas memendekkan tempoh perkhidmatan dan umur persaraan dari 60 tahun ke 55 tahun.

Rashid Hasnon

"Sebab itu, saya mempunyai simpanan yang mencecah dua juta ringgit menjelang umur 30 tahun dan simpanan ini yang digunakan untuk memulakan syarikat pemula," katanya.

Katanya lagi, kemenangan Rashid pada PRU 2018 ketika masih bersama PKR antaranya kerana Invoke.

"Kesemua hasil Invoke sehingga 2018 telah dibelanjakan sepenuhnya untuk membiayai kempen PRU14 yang menyumbang kepada kemenangan PH dan memberi tempat kepada

bekas-bekas wakil rakyat PKR yang melompat seperti Rashid sendiri.

"Setelah PRU14 berakhir dan semua hasil dibelanjakan sepenuhnya, saya tidak ada pilihan lain kecuali menukar model Invoke menjadi komersial dan menerbitkan saham-saham

baru kepada pelabur untuk membolehkan kakitangan Invoke seramai 150 orang kekal dengan kemahiran mereka," katanya lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.