https://critoxium.com/shop/

Terkini

Wajah hipokrit Hadi Awang terdedah

FITNAH demi fitnah, dan sehingga ke hari ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang masih mengaitkan Pakatan Harapan (PH) den
gan idealisme komunisme yang menolak konsep Raja Berperlembagaan serta mencemar kesucian agama Islam.

Namun sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat. Di sini boleh kita mengesahkan kenyataan presiden PAS adalah palsu, dusta, karut, berniat jahat dan hanya mahu  memomokkan PH sebagai jahat dan tidak bertanggungjawab.

Sebagai wakil DAP, saya telah melaporkan kenyataan beliau kepada polis kerana saya percaya tuduhan beliau hanya memburukkan nama DAP, mengelirukan rakyat Malaysia serta mengganggu keharmonian negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Dengan ini, saya menyeru Hadi untuk berani tampil ke hadapan dengan membawa bukti-bukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan idealisme-idealisme bersifat komunisme.

Tidak perlu untuk beliau menunggu hingga masuk ke gelanggang mahkamah bagi membuktikan perkara tersebut.

Saya pasti bukan sahaja orang ramai, malah ahli Perikatan Nasional (PN) terutamanya PAS teruja ingin tahu bukti-bukti yang beliau simpan bagi membuktikan tuduhannya terhadap DAP. 

Tuduhan ini juga bukan tuduhan biasa-biasa. Saya juga yakin orang ramai masih ingat betapa bahayanya komunisme di Malaysia.

Gerakan adalah parti yang kini berpakat dengan PAS dalam PN. Ingin juga saya ingatkan Hadi di sini, mantan pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan pernah menggesa kerajaan pada ketika itu untuk membenarkan Chin Peng (bekas pemimpin Parti Komunis Malaya) pulang ke Malaysia.

Mengapa Hadi tidak mengatakan Gerakan menyokong ideologi komunisme? Mengapa Hadi tidak pula menolak PN? Ini membuktikan niat jahat Hadi terhadap DAP.

Nasihat saya jelas dan terang. Hentikan naratif-naratif bersifat kebencian dan berbaur perkauman, menuduh tanpa bukti, telunjuk lurus kelingking berkait serta baling batu sembunyi tangan. 

Fokus kepada politik bersih yang membawa naratif jujur dan bertanggungjawab bagi membangunkan ekonomi negara.

Islam sendiri adalah agama yang mengajar sikap berkasih sayang tanpa prasangka tanpa berpura-pura, dan bukan kebencian yang tak bertepian. 

Tingkah laku Hadi hanya membawa malu dan konotasi buruk kepada PAS.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.