https://critoxium.com/shop/

Terkini

Rakyat perlu beri ruang untuk PM Anwar memimpin negara – Adly Zahari

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi peluang dan ruang untuk memimpin negara ke arah yang lebih baik.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menyifatkan komen bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu Anwar hanya bersandarkan masa lalu.

“Saya rasa Tun M mungkin melihat pada sejarah itu, tetapi bagi saya yang paling penting adalah berikan ruang kepada Anwar.

“Pada masa itu (1990-an), beliau hanya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan sekarang sudah menjadi Perdana Menteri.

“Kemampuan yang ada pada Anwar, dan pengalaman beliau memimpin negara ditambah pula dengan cabaran semasa menjadi ketua pembangkang dalam tempoh yang panjang,” katanya kepada pemberita selepas melawat waris mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali, Selangor di Machap Baru, petang semalam.

Adly melawat waris mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali, Selangor di Machap Baru, petang semalam.

Sehubungan itu, Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, Perdana Menteri Anwar mampu membawa Malaysia ke hadapan dalam tempoh yang boleh dikatakan sukar.

“Sebagai rakyat negara ini, kita perlu beri sokongan dan dukungan untuk Anwar membawa Malaysia ke arah yang lebih baik,” tambah Ahli Parlimen Alor Gajah itu lagi.

Terdahulu, Mahathir dalam laporan satu media menyatakan rasa tidak yakin terhadap kemampuan Anwar memimpin Malaysia dalam berdepan krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan pasca pandemik Covid-19.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga mendakwa kononnya Anwar lebih 20 tahun lalu gagal menangani masalah ketika menjadi pemangku Perdana Menteri pada 1997.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.