https://critoxium.com/shop/

Terkini

Belum habis sepenggal, menteri harap tiada lagi rampasan kuasa

 


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berharap pembangkang menghentikan usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Menurut Datuk Seri Salahuddin Ayub, rampasan kuasa tidak seharusnya berlaku sebelum habis tempoh sepenggal kerajaan memerintah.

Katanya, tidak adil bagi pihak pembangkang untuk menghakimi prestasi pentadbiran kerajaan dalam masa tiga bulan sahaja.

Cadang Salahuddin, semua pihak perlu memberi masa sekurang-kurangnya sepenggal kepada pentadbiran Anwar Ibrahim.

“Beri kami satu penggal atas mandat ini, Insya-Allah kami akan bekerja dengan baik dan bersungguh-sungguh untuk kita tunaikan mandat rakyat.

“Saya minta kita berlaku adil, tiga bulan bukan masa yang adil untuk kita menilai prestasi kepimpinan sebuah kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Amanah berkata, kerajaan terbuka untuk menerima sebarang kritikan dan pandangan dari semua pihak.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui pihak pembangkang mempunyai rancangan untuk menumbangkan kerajaan.

Abdul Hadi menyifatkan rencana tersebut tidak boleh dihalang termasuklah titah Yang Dipertuan Agong yang mahukan kestabilan negara.

“Kenyataan Agong satu kenyataan yang tidak jadi kata putus yang menghalang untuk ada perubahan dalam negara demokrasi.” Ujar Hadi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.