Orang ramai lancar petisyen terhadap Hadi Awang, desak lucut gelaran Tan Sri
Hadi ketika ditanya pemberita berkata, perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan.
“(Apakah ia dibolehkan?) Dalam negara demokrasi dibolehkan.
“(Sekarang memang ada usaha PN rampas kerajaan?) Ya, itu biasa dalam negara demokrasi, kita berusaha bukan sahaja melalui PRU (Pilihan Raya Umum) tetapi termasuk melalui Parlimen,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen Isnin lalu.
Dewan Rakyat pada semalam juga berlangsung sedikit tegang selepas Ahli Parlimen kerajaan, RSN Rayer (Jelutong-PH) mendesak agar satu siasatan dilakukan terhadap Hadi.
Menerusi petisyen yang digerakkan malam tadi, individu yang memulakan petisyen itu mengesyorkan Darjah Kebesaran Tan Sri yang dikurniakan kepada Abdul Hadi ditarik balik kerana jelas melawan perintah Yang di-Pertuan Agong dengan mengaku merancang untuk menumbangkan kerajaan yang sah.
Ia katanya memberi persepsi yang buruk kepada rakyat dan pelabur yang boleh membawa kepada ketidakstabilan politik dalam negara.
Atas sebab itu, ia harus dibendung dan disekat kerana telah melanggar prinsip demokrasi.
Petisyen yang dilancar di laman change.org itu setakat jam 10 malam tadi sudah mencapai lebih 500 tandatangan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.