Fadillah dedah alasan GPS tukar pendirian isu calon PM
Sehari selepas pilihan raya umum (PRU) ke-15 pada 19 Nov tahun lepas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) muncul sebagai blok keempat terbesar di Parlimen dengan 23 kerusi.
Gabungan itu seterusnya membuat pilihan perdana menteri mereka. Mereka mahukan Muhyiddin Yassin - pengerusi Perikatan Nasional (PN) - yang merupakan blok kedua terbesar di Parlimen.
Bagaimanapun, apa yang mengejutkan ialah pengumuman Pengerusi GPS Abang Johari Openg bahawa BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menyokong Muhyiddin.
Namun, dua hari kemudian, pendirian GPS berubah dan memberi isyarat bahawa ia akan menyokong mana-mana calon perdana menteri yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.
Dalam temu bual dengan Malaysiakini baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, yang juga pemimpin kanan GPS, akhirnya menjelaskan apa yang membawa kepada perubahan pendirian gabungan itu.
Fadillah menjelaskan bahawa Muhyiddin dan Abang Johari telah bercakap melalui telefon sejurus selepas pilihan raya.
Ini menyebabkan GPS memutuskan secara kolektif bahawa mereka akan menyokong Muhyiddin untuk jawatan perdana menteri.
"Itulah hakikatnya ketika itu. Akhirnya, perkara yang berlaku di semenanjung melibatkan BN.
“Mereka kata mereka tidak bersama Muhyiddin. Mungkin ada beberapa ahli yang menyokong (Muhyiddin) tetapi majlis tertinggi tidak menyokong.
"Jadi apa sahaja akuan berkanun (SD, yang dibuat untuk menyokong Muhyiddin) adalah tidak sah," kata Fadillah, yang turut menolak tanggapan bahawa GPS dikelirukan kerana menganggap Muhyiddin mempunyai sokongan yang cukup.
Dia menjelaskan bahawa Muhyiddin telah mengemukakan SD dengan nama 115 ahli Parlimen kepada Istana Negara namun pemimpin tinggi BN menafikan menyokong Muhyiddin.
Ini, kata Fadillah, menyebabkan Istana Negara memanggil pemimpin PN, Pakatan Harapan (PH), BN dan GPS untuk menentukan siapa yang mereka sokong sebagai perdana menteri.
Tiada rundingan, bergantung kepada kebijaksanaan Agong
Fadillah mengetuai delegasi GPS dan diiringi Alexander Nanta Linggi, Richart Riot dan Aaron Ago Dagang.
"Inilah yang berlaku. Kami diberitahu bahawa tidak ada kejelasan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri dari segi sokongan daripada ahli parlimen.
"Jadi Agong menyatakan bahawa (senario) terbaik ialah (GPS) untuk (membantu) membentuk kerajaan perpaduan. Siapa yang akan (menjadi) ketua? Tidak disebut.
"(Baginda) berhajat ada kerajaan perpaduan dan minta pandangan kami. Pendirian kami ketika itu... kami telah menulis SD kami (ke istana) menyokong Muhyiddin.
“Tetapi, GPS akan menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Agong dan kita akan menyokong pembentukan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara.
"(Baginda) berasa lega (kerana) atas pendirian kami, yang memberi (Baginda) ruang untuk memutuskan apa yang terbaik untuk negara," katanya.
Fadillah menegaskan bahawa sebelum pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri pada 24 Nov tahun lepas, tiada rundingan dengan gabungan lain.
Ditanya sama ada GPS telah meletakkan permohonan maaf DAP sebagai syarat untuk menyertai kerajaan Anwar, Fadillah menjawab, "tidak juga".
"Saya fikir ia adalah isyarat yang baik oleh (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke. Dia datang (ke Kuching) dan meminta maaf kepada premier kita.
"Tetapi seperti yang saya katakan, objektif utama GPS adalah untuk membentuk kerajaan yang stabil dan kuat... Kita tidak mampu untu
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.