https://critoxium.com/shop/

Terkini

MBI jawab tohmahan, skim insurans percuma manfaat 6 juta rakyat


SHAH ALAM,: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, agensi pelaksana Skim Insurans Am Selangor (INSAN), menolak tohmahan mereka yang memburuk-burukkan usaha melindungi penduduk negeri ini.

Memanfaatkan enam juta penduduk Selangor, INSAN antara inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengurangkan beban kewangan rakyat pada masa sukar jika berlaku kemalangan atau kematian.

Ana Maria Salihuddin, 36, dan suami Mohd Danial Abdul Rashid, 36, menerima cek cura daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis perasmian Tekad Insani #KitaSelangor di Pusat Konvensyen Bangi, Kajang pada 4 Ogos 2023. Foto AHMADZAKKI JILAN/SELANGORKINI Tindakan tersebut selaras laporan peningkatan bilangan nahas jalan raya di Malaysia, daripada 370,286 kes pada 2021 kepada 545,588 kejadian pada tahun lalu.

Dalam kenyataannya, MBI menegaskan:

– tidak berlaku kebocoran data kerana INSAN dilindungi Kerajaan Selangor,

– kaedah prapendaftaran tidak melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kerana Seksyen 3(1) menyatakan Kerajaan Negeri dibenarkan mengendali maklumat tersebut,

– prapendaftaran penama dalam polis dibuat automatik dengan padanan maklumat daftar pemilih Suruhjaya Pilihan Raya,

– namun, penama perlu menyempurnakan proses pengesahan diri melalui swafoto dan muat naik imej kad pengenalan sebagai tanda setuju terima tawaran,

– tuntutan untuk kematian atau hilang upaya kekal tidak diberi jika tiada pengesahan diri penama,

– skim konvensional tawar perlindungan RM10,000 tetapi skim takaful tawar manfaat hingga RM20,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal,

– selain itu, tambahan RM1,000 untuk kos pengebumian. Skim takaful sediakan lebih manfaat, RM50 sehari selama sebulan bagi rawatan di wad,

– skim konvensional disediakan AmGeneral Insurance Berhad, sementara skim takaful diurus Takaful Ikhlas General Berhad.

Setakat Julai, menurut MBI lagi, sebanyak RM537,000 pampasan diberikan kepada 44 penerima skim INSAN yang telah berjaya membuat tuntutan.

Namun, laman web ini www.programinsan.com sedang diperkukuh dengan ciri keselamatan tambahan sebelum diaktifkan semula dalam masa terdekat.

“(Tindakan ini diambil) disebabkan dakwaan tidak tepat yang disebarluaskan, beberapa pihak tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan laman web ini untuk tujuan yang berniat jahat,” kata syarikat itu lagi

MBI adalah agensi pelaksana INSAN, manakala Wavpay Fintech Holding Sdn Berhad pula pengendali perkhidmatan yang memudahkan pemegang polisi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.