https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pengajaran kitab Hadis 40 Imam Nawawi sepatutnya berlalu tanpa sebarang isu.

Oleh Fathi Aris Omar

Pengajaran kitab Hadis 40 Imam Nawawi sepatutnya berlalu tanpa sebarang isu. Malah ia tidak menjadi isu sewaktu pertama-tama kali diumum perdana menteri.

Bila mula-mula sekali berita ini disiarkan? Pada 25 Mei 2023, ketika DS Anwar Ibrahim hadir di Festival Turath Islami Selangor di Shah Alam. Tiada sebarang kenyataan bantahan, tiada sebarang berita susulan. Sabtu lalu, 19 Ogos, modul pengajaran Hadis 40 itu dilancarkan.

Berita itu di Sinar Harian menyebut: "Modul tersebut akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan."

Tiba-tiba MCA dan Gerakan membesar-besarkan suaranya.

Padahal MCA boleh merujuk terus kepada menteri Umno atau menteri PKR dalam hal ini. Gerakan sepatutnya juga begitu - boleh merujuk pemimpin Bersatu atau ulama PAS.

Namun, perkara paling mudah dan asasi -- semak dahulu sebelum bercakap/keluar kenyataan -- tidak berlaku.

Lalu tuduh-menuduh berterbangan di media sosial, susulan kecurigaan dan kebebalan yang sedia ada pada Gerakan, MCA dan pihak-pihak yang bersama mereka.

Semua kita orang Islam yang sedar, baik pendukung PH atau penyokong PN, sepatutnya menjelaskan duduk perkara sebenar apa makna kitab Hadis 40 dan apa pentingnya ia diajar.

Tetapi tidak, akibat ketajaman perseteruan politik, sebahagian kita (bukan semua) mahu menunggang isu ini untuk saling salah-menyalahkan.

Tindakan ini tidak bijak sama sekali. Baik kerajaan atau pembangkang, isu semudah ini seharusnya menjadi titik-titik kebersamaan.

NOTA: Kita tidak perlu berpihak (partisan) dalam isu ini. Maka, saya siar kedua-dua belah pihak, PH dan PN. Boleh semak tajuk-tajuk berita yang dilampirkan.









Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.