Mahathir yang tidak mengingati kejahatannya
Oleh Mohd Sayuti Omar
CEMUAH Dr. Mahathir Mohamad terhadap orang Melayu sebagai "Melayu mudah lupa", tidak akan dilupai selama-lamanya oleh orang Melayu dan juga bangsa lain. Sinisme Mahathir itu akan diingati dan dilihat sebagai beliau tidak menghormati atau menghina bangsa Melayu. Kandatipun ia merupakan suatu motavasi tetapi ia sedikit keras.
Sinisme Mahathir itu berbeza dengan gesaan bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam yang menyuruh agar orang Melayu bersikap kurang ajar.
Apabila dia mengatakan orang Melayu mudah lupa ia merujuk kepada bangsa Melayu mudah lupa, atau pelupa, tidak mempunyai ingatan yang baik dan kokoh. Boleh juga dianalogikan sebagai nyanyuk.
Perkataan itu seubjektif, tetapi apa yang dia hendak ditekankan ialah orang Melayu cepat melupai seasuatu. Bersifat pemaaf juga termasuk dalam muda lupa, lupa akan kesadisan atau apa-apa kejahatan orang kepada kita. Mudah lupa juga tidak bersifat dendam.
Mudah lupa juga boleh dikonatasi sebagai tidak mengenang budi, muda melupai apa-apa kebaikan dan hadiah daripada orang. Bersifat kacang lupa kulit.
Melupai sejarah, asal usul, dan peristiwa yang pernah dilalui juga termasuk dalam mudah lupa. Dan sebagai orang mempunyai sebahagian DNA Melayu, (ayah Mahathir India berasal dari Krala, dan emak Melayu), Dr Mahathir juga memiliki sifat mudah lupa itu.
Dalam hendak memanggungkan dirinya terbaik, beliau kata orang Melayu berpecah atau tidak bersepadu selepas beliau tidak jadi perdana menteri. Perpaduan dan keutuhan orang Melayu selama 22 tahun semasa wujud ketika beliau jadi PM, dari 1981 hingga 2003. Selepas itu UMNO dan Melayu lemah dan berpecah.
Beliau sangat simplistik meletakkan keadaan itu berlaku kerana ketidakcekapan para penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak. Beliau mengambil contoh kejatuhan lima buah kerajaan negeri semasa Abdullah jadi PM semasa pilihan raya 2004 sebagai alasan. Dan apabila Pak Lah diganti oleh Najib keadaan Melayu lebih teruk lagi, apabila kerajaan BN tumbang sama sekali gara-gara sakndl 1MDB membabitkan Najib.
Enak Mahathir memuji dan memanggung dirinya sendiri. Dia tidak merasa bersalah sedikit pun keadaan Melayu yang berpecah dan lemah kini. Dia merasa dia tidak ada saham sekuman kurus pun. Itulah yang hendak saya katakan, dia juga ada sifat egois atau penyakit lupa atau pelupa yang parah.
Dasar manusia apabila merasa syok sendiri dan melihat orang lain lemah, maka lupa apa yang dia sendiri lakukan. Dasar manusia seperti inilah yang boleh dianggap sebagai burung gagak yang mengatakan burung helang hitam. Sebagai dulang mengatakan paku serpih.
Pada saya Dr. Mahatyhir sudah terlalu jauh dihimbau dengan sifat kelupaanya. Sebelum dia hendak meletakkan kesalahan dan tanggungjawab kepada penggantinya atas kelemahan Melayu, dia harus menyelidiki dengan adil setiap apa yang berlaku dan dilakukan.
Kita akui kekuatan Melayu khususnya UMNO dedang melalui jalan parah ketika ini. UMNO tidak lagi seperkasa dan seagung dahulu. Namun dia kena kaji dan dionois kenapa berlaku demikian. Inilah keterlupa Mahathir untuk menilik cermin atau pun kencing dalam tempurung.
Perpecahan dalam UMNO bukan selepas Abdullah dan Najib ambil alih, tetapi berlaku awal sebelum transisi itu. Ia berlaku setelah wujudnya team A dan team A dalam UMNO yang terbentuk gara-gara Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah, kemudian pengharaman UMNO tahun 1987.
Selepas pengharaman itu yang dikatakan sebagai satu strategi politik Mahathir hendak memancung kerjaya politik Tengku Razaleigh, wujudnya parti Semangat 45 merupakan serpihan daripasa UMNO, di sinilah menyebabkan UMNO terbelah dua.
Fahaman sebaik baiknya, siapakah angkar terjadi tragedi malang itu. Orang Melayu berpecah dan melemah kerana Mahathir. Apakah angkara tragedi malang itu berlaku ketika UMNO dibawah pimpinan Pak Lah atau Najib?
Tidak terhenti setakat itu sahaja, 1998 UMNO sekali lagi berpecah belah dan menajdi sopek. Selepas Tengku Razaleigh atas rasa bersalahnya membubarkan parti Semangat 46 demi perpaduan Melayu dan untuk menguat UMNO sekali lagi parti nasionalis itu berpecah dan menajdi sopek dan renyut pada 1998 apabila berlakunya peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim secara jahat dan hina daripada parti itu.
Kesan daripada perpecahan itu tertubuhnya parti Keadilan Nasional. Siapa yang jadi perdana menteri ketika itu, bukankah Mahathir Kutty Mohamad?
Cukup diberikan dua cotoh dan peristiwa itu sahaja, jelas yang menjadi pemecah belah Melayu yang melemahkan Melayu adalah Mahathir Mohamad sendiri. Adapun kenapa Abdullah dan Najib tidak berjaya mengembalikan UMNO ke zaman awal era pemerintahannya, (1982 - 2003) adalah kerana beliau sendiri. Beliau tidak pernah memberi sokongan padu kepada Abdulah, malang siang, siang malam beliau mengkritik dan menggerudi Pak Lah. Beliau tidak jujur dan akhlas.
Hal sama juga berlaku apabila Najib ambil alih daripada Pak Lah. Siapa yang menggelar Najib sebagai penyamun, penyangat dan penipus serta kerejaan Najib kleptokrasi? Siapakah, bukankah manusia itu bernama Mahathir Mohamad?
Kerja dan amalan jahat diwarisi dari Firaun itu diteruskan hingga ke hari ini. Jadi kalau Mahathir hendak memuji diri sendiri dan merendah orang lain, ia adalah songsang. Kenapa dia tergamak melakukan begitu adalah kerana dia sebenarnya SUDAH LUPA. Mahathir melupai kejahatan diri sendiri dengan membalikan bayangan kejahatan dilakunya sehingga melemahkan Melayu itu kepada orang lain.
Mahathir lupa apa yang dia ucap dan apa yang dia buat. Hanya yang belum dia lupa ialah makan dan minum sebab itu dia masih sihat. Jangan jangan beraknya juga sudah dilupainya
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.