https://critoxium.com/shop/

Terkini

Malaysia rasionalrasional berunding, pengkritikberunding, pengkritik berhujahlah guna faktaberhujahlah guna fakta


MENTERI Pelaburan, Perdagan- gan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) akhirnya dimete- rai setelah hampir enam bulan proses rundingan intensif.

Beliau berkata, ia langkah strategik bagi melindungi kepentingan ekonomi dan kedaulatan negara di ten- gah-tengah tekanan tarif global yang dilancarkan oleh pentad- biran Donald Trump.

Menurutnya, ART bukan pi- lihan mudah sebaliknya realiti geopolitik yang perlu dihadapi demi mempertahankan akses Malaysia ke pasaran eksport terbesar negara itu.

“Kepada yang kritik, tolonglah berhujah dengan fakta, bukan fitnah. Kami, Kerajaan MADANI, bertindak pantas dan berprin- sip untuk melindungi mata pen- carian jutaan rakyat Malaysia,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Tengku Zafrul berkata, ha- sil rundingan yang dijalankan sejak awal Mei lalu berjaya menurunkan kadar tarif AS ter- hadap barangan Malaysia dari- pada 25% kepada 19%, menja- dikan Malaysia negara ASEAN dengan kadar tarif terendah walaupun mempunyai lebihan dagangan dengan AS.

Selain itu, jelasnya, Malaysia turut memperoleh pengec- ualian bagi 1,711 barisan tarif produk utama dengan nilai da- gangan mencecah RM22 bilion, memberi kelegaan besar kepa- da industri eksport negara. Dalam masa sama, kata beli- au, tiada satu pun klausa dalam ART yang menjejaskan dasar asas negara.

“Isu garis merah seperti hak Bumiputera dan standard Halal kita pertahankan sepenuhnya. Tiada satu klausa pun yang me- langgarnya,” katanya.

Menurutnya, ART juga ber- fungsi sebagai “pagar” diplo- matik, memastikan sebarang tindakan selepas ini mesti melalui proses rundingan dua hala, bukannya tekanan atau ugutan unilateral daripada ma- na-mana pihak.

“ART ini adalah pagar yang kita bina, memastikan tindakan selepas ini mesti melalui rund- ingan, bukan ugutan unilateral. Kedaulatan negara tetap terpe- lihara,” jelasnya. Mengulas dakwaan kononnya Malaysia “membayar” AS se- banyak RM1 trilion, Tengku Za- frul menjelaskan bahawa angka tersebut bukan bayaran kepada kerajaan AS, sebaliknya senarai cadangan perolehan sedia ada oleh syarikat-syarikat multinasi- onal (MNC) dan syarikat berkai- tan kerajaan (GLC) yang berop- erasi di Malaysia.

“Pembelian bernilai RM1 tril- ion itu bukan perkara baharu. Saya sudah jelaskan di Parlimen Ogos lalu — ia tidak melibatkan dana kerajaan.

“Kita hanya menyenaraikan perancangan perolehan yang memang telah dirancang oleh syarikat-syarikat berkenaan,” ujarnya.

Sebagai contoh, katanya, pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) telah diumumkan sejak Mac 2025, jauh lebih awal se- belum pengumuman tarif oleh Trump.

Begitu juga dengan cadangan perolehan LNG oleh PETRO- NAS, yang sudah lama men- jalankan urus niaga dengan pelbagai negara termasuk AS.

“PETRONAS membeli LNG dari AS sejak dahulu lagi. Ia sebahagian daripada strategi komersial bagi memastikan kestabilan bekalan dan me- menuhi kontrak domestik serta antarabangsa,” katanya lagi. Selain itu, Tengku Zafrul me- negaskan bahawa kejayaan menandatangani ART menun- jukkan keupayaan Malaysia berunding dengan tegas tetapi rasional, melindungi ekonomi tanpa menggadaikan maruah negara.

“Ini bukan soal tunduk ke- pada tekanan, tetapi soal ke- bijaksanaan bertindak dalam dunia yang semakin kompleks. Kita pertahan kedaulatan, dan dalam masa sama pastikan ekonomi terus berdaya saing,” katanya lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.