https://critoxium.com/shop/

Terkini

KJ Kembali: Nafas Baharu Buat UMNO?


Oleh Mohd Yusri Ibrahim

Saya kurang bercakap tentang politik sepanjang Ramadan ni, hanya respon kepada beberapa kawan media yang rapat sahaja.

Tapi mauduk tentang KJ ini menarik dan signifikan, berbaloi diberi pengecualian.

Secara umumnya saya berpandangan kemasukan semula KJ berpotensi memberi nilai tambah yang bermakna kepada UMNO.

Dalam tinjauan2 lapangan mutakhir khususnya dalam segmen pengundi muda Melayu, KJ antara sosok yang popular.

Populariti beliau rentas segmen, termasuk anak2 muda non partisan.

Bahkan ramai juga menamakan beliau sebagai calon PM Malaysia pada masa hadapan.

Kepulangan beliau ke dalam UMNO bakal menghangatkan perbincangan awam.

Jika kena dengan cara, sedikit sebanyak berpotensi mencetus semula ghairah terhadap UMNO, khususnya dalam segmen anak muda.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.