Apa kita cari pada puisi?
Oleh Dinsman
Kalau kita baca puisi, apakah yang kita cari? Atau apakah yang boleh kita cari pada puisi?
Saya tulis sebuah puisi bagi menjawab soalan itu, kerana saya sendiri pun telah lama bertanya soalan tersebut. Apakah yang kita cari pada puisi? Dan itulah juga judulnya puisi saya itu, yang mulai ditulis tahun 2004 dan baru sempurna pada tahun 2010. Jawapan awal saya melalui puisi itu ialah:
“Puisi itu bahasa terindah; bahasa itu maknanya, ceritanya, untuk dinikmati, dihayati, dimesrai, dicintai, dirindui, diulang-ulangi.”
Dan kemudian saya jelaskan bahawa di dalam puisi kita umpama “mencari mutiara di lautan”, atau “mencari cahaya dalam kegelapan.”
Lalu saya katakan: “aku mencari sinar di tujuh petala langit; aku mencari cinta di tujuh belantara benua; kucari erti, kucari maksud, kucari ghairah, kucari indah..” dan seterusnya.
Kemudian saya menjelaskan bahawa: “aku mencari pemberani yang lama hilang, Jebat yang sanggup memerahkan bumi Melaka dengan darah rakyat berjiwa hamba, atau anak-anak syahid di gurun gersang, sanggup meletupkan diri demi maruah; aku mencarinya dalam karya seni; seniman yang berani berdiri; berdiri di tengah-tengah rakyat, dengan kesenimanannya.”
Dan di dalam puisi itu juga saya menjelaskan bahawa “puisi adalah bahasa yang tak kenal rasuah, tak kenal penipuan, tak kenal penyelewengan, tak kenal pura-pura atau munafik atau bacul bangsat keparat.”
Itulah secara ringkasnya puisi bagi saya. Maksudnya apabila disebut puisi, perkara pertama yang perlu atau yang akan kita temui ialah bahasa yang terindah. Dan “bahasa terindah” itu pula agak subjektif maknanya. Misalnya sebuah daripada puisi Usman Awang yang terkenal ialah “Pak Utih”. Ayat pertama puisi ini: “Punya satu isteri mahu dakap sampai mati”.
Apakah ayat itu indah bahasanya? “Punya satu isteri mahu dakap sampai mati”. Ada orang bersetuju mengatakan ayat itu indah bahasanya, dan ada orang tak bersetuju. Namun walau bagaimanapun boleh dikatakan semua orang bersetuju bahawa puisi-puisi Usman Awang kebanyakannya adalah susunan kata-kata yang indah.
Dan puisi-puisi Usman Awang, sama seperti puisi-puisi Rendra (di Indonesia), yang terkenal dengan olahan ayat-ayat yang indah bahasanya itu, adalah mudah difahami makna dan maksudnya.
Jadi saya berpegang kepada asas dan prinsip itu. Puisi bukanlah ‘ayat-ayat sastera’ yang susah difahami maksudnya. Bagi saya yang penting daripada puisi, atau apa pun karya sastera, ialah kesannya kepada pembaca. Ia mestilah berkesan, samada melalui mesejnya, susunan bahasanya, ceritanya, atau bentuk atau teknik persembahannya.
Maka apabila saya diminta membicarakan buku puisi, saya cuba mencari perkara-perkara yang disebutkan di atas itu, untuk dibicarakan. Yakni hasil tanggapan atau penilaian ke atas puisi-puisi yang terdapat di dalam buku itu, samada dengan menggunakan teori-teori tertentu ataupun berdasarkan kesan estetika daripada pembacaan puisi-puisi berkenaan.
Namun membicarakan puisi karya penulis yang sudah berpengalaman dengan karya penulis baru yang masih belum banyak pengalaman, tentulah berbeza. Malah membacanya juga perlu dengan sikap dan nilai apresiasi yang berbeza.
Saya bersetuju untuk membicarakan buku puisi seorang penulis baru. Puisi-puisinya serba sederhana. Tidak ada sesuatu yang menangkap perhatian secara spontan dan segera. Maka saya perlu membaca dengan penuh perhatian dan sabar, untuk mencari apa-apa yang agak istimewa untuk diangkat dalam pembicaraan.
Paling istimewa, atau sekurang-kurangnya pun penulis baru ini (sudah lebih 50 tahun usianya) telah gigih berusaha hingga terbit sebuah buku kumpulan puisinya sendiri, mengandungi 103 buah puisi, yang dihasilkan kebanyakannya masih baru, pada 2017, kecuali 14 pada 2016 dan satu pada 2012.
Timbul soalan, apakah puisi-puisi dalam kumpulan ini memang dihasilkan segera dengan tujuan penerbitan buku ini? Dicatatkan bahawa cetakannya pada bulan Ogos 2017. Namun terdapat lapan buah puisi dihasilkan pada bulan Julai 2017, enam buah pada bulan Jun, 10 pada bulan Mei, 17 pada bulan April dan 36 buah pada bulan Mac 2017.
Kemuncak penghasilannya, pada bulan Mac 2017 itu, dia menghasilkan 36 buah puisi dalam tempoh 31 hari. Ada harinya lima puisi dalam sehari.
Itu adalah fakta mengenai kreativiti seorang penyair, yang boleh dilihat sisi negatifnya dan boleh dilihat sisi positifnya. Saya melihatnya sebagai cerita latar mengenai kreativiti seorang penyair. Ada kalanya ilham datang menderu-deru dan kita menyalinnya ke atas kertas atau ke dalam komputer. Kadang ia bermutu dan kadang tidak. Itu perkara biasa.
Yang pentingnya ialah gerak dan desakan dalaman yang terjadi dalam diri sang penulis. Yang menggerakkan seseorang untuk menulis (atau berkarya), itu penting! Ada orang ada desakan itu, dan ada orang desakan itu terjadi begitu kuat di dalam dirinya. Maka di sini saya melihat Ishak Yussof Waghih Lapan (namanya saja pun sudah ‘berseni’) ini memang mempunyai desakan dalaman itu.
Cuba kita lihat apa yang dipuisikannya sebanyak lima buah puisi dalam sehari pada 16 Mac 2017 itu.
Salah satu daripadanya berjudul “Matahari Malam”, iaitu imej yang agak kuat digunakan beberapa kali oleh penyair ini dalam beberapa puisinya.
“Matahari malam muncul sekelumit membawa berita palsu tentang bulan malam yang kabur tanpa cahaya/ esok… matahari siang jujur membias sinar cahaya/ membasuh lumpur denai yang ternoda di garis hujan/ pagi membawa senja/ sedang bintang tersipu melihat drama matahari melihat/ sketsa bulan mencari tajuk bicara/ dan akhir cerita… aku kenal matahari sudah lama/ aku kenal bulan pun sama/ cuma bintang belum menjelma…”
Dan ada sebuah puisi lagi yang berjudul “Mencari Matahari Malam”, ditulis sebulan kemudian. Judul puisi inilah yang dipilih untuk menjadi judul buku ini – “Mencari Matahari Malam”. Sangat menarik.
Maksud saya imej matahari malam itu. Penulis ini suka dengan matahari malam. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘matahari malam’? Ini akan saya bicarakan dalam majlis di Seremban itu, pada pagi Sabtu 7 Oktober.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.