Husam Tidak Perlu Sedih Dan Berduka
Oleh Mohd Sayuti Omar
Tentu Husam terkejut, sedih, kesal dan serabut dengan kejadian menimpa keluarganya hari ini. Dan tentu juga rakan-rakan yang berdekatan atau berada di Kelantan segera ke rumahnya, bertanya khabar dan memberi semangat kepadanya.
Di sini ringkas sahaja saya nak sebut, Husam tidak perlu pun gelabah sedih dan berdukacita mendalam atau malu atas apa yang terjadi. Apa yang baru dirasainya itu pernah menimpa oleh gurunya, Tokguru Nik Aziz. Pengalaman itu mungkin boleh dijadikan penawar buatnya sekeluarga.

Apa yang berlaku bukan atas kehendak dan keredhaan kita, tetapi ia
adalah takdir. Gemulah Tokguru juga menghadapi perkara sama, anaknya
ditangkap dan disiasat oleh polis, malahan ditahan dibawah Akata
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan pengganas.
Ketika menghadapi musibah itu Tokguru tenang dan bersabar, malahan beliau beranggapan apa yang berlaku ke atas anaknya suatu kaedah untuk Allah bersihkan dosa anaknya.Itu pendirian dan sikap diambilnya.
Apa lagi kalau nasib yang menimpa ke atas Syafi itu adalah termasuk dalam satu perangkap dan konspirasi, beliau lagi tidak perlu berdukacita apa lagi berasakan maruahnya tercemar dengan kejadian itu. Apa yang berlaku ujian dan menjadi sunnah orang berjuang akan berdepan dengan segala macam ujian ada yang tidak terfikir pun oleh kita.
Di sini saya ingin utuskan sebaris kata buatnya, tabah, dan yakinlah kalau kita benar Allah tetap membantu. Dan para penyokongnya juga rasanya sudah memahami dengan apa yang berlaku, ia tidak menjadi seriuh itu kalau Syafi itu bukan anak Husam bin Musa.
Manakala cacian dan ejekan musuh ia adalah perkara lazim. Jangan sesesekali memepdulikannya.
Ujian yang berlaku itu masih lagi kecil kerana ujian lagi besar sedia menanti dihadapan. Itu janji Tuhan kepada orang bernama sang pejuang. Trims.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.