Letak jawatan Menteri Pendidikan atau Presiden UIAM
MAJLIS Pembangunan
Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) bersama gabungan 300 NGO Gerakan
Pembela Ummah (Ummah) mencadangkan kepada Dr Maszlee Malik supaya
membuat pilihan sama ada meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan,
sekiranya mahu dilantik sebagai Presiden UIAM atau pun sebaliknya.
"Nampak sangat Menteri Pendidikan hilang tumpuan, fokus dan bercelaru dalam hal berkaitan pendidikan".
Sepatutnya beliau lebih menumpukan fokus
dan kerjanya di KPM dan Pengajian Tinggi bagi memperkasakan mutu dan
taraf pendidikan negara serta mengangkat martabat Pendidikan Tinggi
setaraf negara maju secara keseluruhannya bukan dengan menjadi Presiden
UIAM sahaja.
Mappim dan Ummah juga berharap Dr
Maszlee segera melepaskan jawatan tersebut dan mencadangkan agar seorang
tokoh dan pakar dalam bidang Pendidikan Tinggi dilantik ke jawatan
tersebut.
Sepatutnya beliau meninggalkan budaya
Umno dan tidak terikut-ikut dengan gaya pemerintahan Kerajaan BN serta
menjadikan alasan kepada amalan kerajaan terdahulu.
Sekarang kerajaan baru dan era baru,
budaya baru yang lebih berintegriti dan profesional. Segala tindakan
mestilah mencerminkan keyakinan dan keupayaan yang tinggi Kerajaan PH
untuk membuat perubahan yang lebih baik.
Menteri Pendidikan mesti membuktikan
beliau berupaya dan mampu membawa perubahan yang lebih baik berbanding
Kerajaan BN dan juga bukan meniru apa yang Kerajaan BN telah buat.
Ketua Eksekutif
MAPPIM
Ahli Jawatankuasa
UMMAH
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.