Khasiat Air Kelapa Yang Wajib Anda Tahu
Sesiapa sahaja pasti menggemari air kelapa. Namun, air kelapa lebih popular menerusi rasanya yang ringan, mampu melegakan dahaga dan menyejukkan badan. Tetapi tidak ramai yang tahu khasiat tersembunyi air kelapa dari segi kesihatan dan kecantikan.
Hari ini saya mahu berkongsi dengan anda 4 khasiat air kelapa dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Jangan lupa share ya?
1)MENGURANGKAN TEKANAN DARAH
Kandungan elektrolit yang tidak seimbang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi berbanding air kelapa yang mengandungi kandungan yang sangat mencukupi yang diperlukan oleh tubuh badan. Anda disarankan untuk mengambil air kelapa setiap permulaan hari untuk mengimbangi elektrolit.
2)SERASI DENGAN DARAH MANUSIA
Memandangkan air kelapa merupakan isotonik kepada plasma manusia, air kelapa boleh digunakan di dalam kecemasan kerana boleh mempercepatkan penghidratan semula dalam badan. Air kelapa sering menjadi penyelamat nyawa manusia di negara dunia ketiga.
3)MERAWAT PERUT YANG KURANG SELESA
Setiap kali anda berdepan dengan masalah perut, meminum air kelapa membantu memberi keselesaan pada perut. Air kelapa dikatakan boleh menggantikan cecair yang hilang dari tubuh akibat kekerapan kencing dan muntah.
4)KAYA DENGAN NUTRISI
Berbeza dengan minuman tenaga yang terdapat di pasaran, air kelapa mengandungi lima elektrolit penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium. Disebabkan kandungannya yang unik, air kelapa bukan saja boleh dinikmati tetapi juga boleh digunakan untuk perubatan.
p/s: jadi, anda tidak perlu lagi risau dengan mengambil kira kekerapan minum air kelapa kerana ia tidaklah memudaratkan sebaliknya mendatangkan banyak kebaikan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.