Serangan siber lebih canggih sasar Arab Saudi
ARAB Saudi mengesan serangan siber lebih canggih yang mensasarkan
negara itu, dalam percubaan baru oleh penggodam untuk menganggu komputer
kerajaan.
Pusat Keselamatan Siber Nasional (NCSC) Arab Saudi berkata, serangan itu melibatkan penggunaan malware "Powershell", tetapi tidak mengulas mengenai sumber serangan itu atau badan-badan kerajaan yang disasarkan.
"NCSC mengesan Ancaman Berterusan Maju (APT) baru yang menyasarkan Arab Saudi," kata agensi itu dalam satu kenyataan, sambil menambah serangan itu cuba menyusup komputer menggunakan teknik email phishing.
Arab Saudi mengalami serangan siber yang kerap, termasuk "Shamoon", malware pemusnah cakera agresif yang digunakan dalam serangan terhadap sektor tenaga negara itu pada 2012.
Saudi Aramco, syarikat minyak terbesar di dunia, adalah antara syarikat yang diserang Shamoon, dipercayai sebagai serangan siber terburuk negara itu.
Pegawai perisikan Amerika Syarikat pada masa itu mengatakan mereka mengesyaki kaitan dengan Iran. – AFP

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.