https://critoxium.com/shop/

Terkini

Takbir dalam ceramah

Soalan: Apa pandangan Ustaz dengan manusia yang marah apabila kita menyebut nama Allah, khususnya bertakbir dalam ceramah. 

Jawapan: Lebih afdal daripada langit dan bumi. Mahal “La ilaha illallah.” Sebab itulah kalimahkalimah yang disebut oleh para nabi, kita sebutlah, tidak usah malu. Ada pula mereka yang kata, “Apa benda duk takbir sokmo kat ceramah tu.” Sebab pada dia, takbir itu adalah takbir raya. Benggong sungguh mereka ini. Kalau sudah benggong tidak usahlah bercakap, duduk diam sudahlah.

Takbir ini kerana hidayah. Tiap-tiap kita dapat hidayah kita bertakbir kepada Allah. “Wali tukabbirullah ha’alama hadaakun”. Allah Taala kata, “Dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan nama Allah kerana Allah telah memberi hidayah kepada kamu”. “Wala’alakum taskurun”, “Supaya kamu menjadi umat yang berterima kasih”. Itu kita dapat satu kemenangan kita bertakbir kepada Allah. Mereka ini tidak tahu apa. Berat mereka ini.Mereka tidak mahu takbir. Dia tengok kita bertakbir dia sakit hati. Memang. Lafaz “Allah huakbar,” bila dilaungkan dengan kuat maka menyakitkan telinga orang yang syirik dan orang yang munafik. Macam itu sahaja. Itu dalilnya.
Bukan kata orang kafir sahaja yang takut, harimau pun takut. Kita jumpa harimau tengah jalan, dalam hutanlah, hendak cari buluh hendak pasang bendera, tidak lama lagi pilihan raya. Piala Dunia sudah lepas. Lepas Piala Dunia, Piala Euro pula. Bila Piala Euro pun sudah lepas, pilihan raya umumlah pula yang akan datang tidak lama lagi.

Mengundilah pula kita. Jadi turun dari curang bukit tengok harimau sudah di depan muka. Tidak besar sangat, kepalanya adalah sebesar tong minyak tar, beratnya dalam tiga pikul, memandang tepat ke arah kita dengan mulut ternganga dan mengaung. Matanya sebesar bola tenis.

Hendak buat macam mana bila berhadapan dengan harimau atau berhadapan dengan keadaan yang macam itu? Hendak panggil JKKK? Kita laung, “JKKK,” memang licinlah kita dimakan harimau.

Hendak buat macam mana? Hendak sebut nama apa? Hendak menyanyi, “Oh la la la?” Hendak sebut nama Menteri Besar? Nama ketua cawangan? Kita hanya perlu sebut, “Allah huakbar,” pasti harimau akan lari. Kalau tidak percaya cubalah, tapi jangan minta jumpa dengan harimau. Jangan kata, “Tak jumpa harimau aku hendak test sekali.” Jangan. Takut dia ‘takbir’ dulu daripada kita. Jangan. Ini buah (kes) terdesak sahaja. Tapi tidak percaya, kena percaya. Kalimah yang digeruni pada langit dan pada bumi, “Allah huakbar. ” Sungguh.

Tapi kita kena sebut dengan kuatlah. Jangan sebut perlahan.

Kalau sebut perlahan pasti dimamah harimaulah kita sebab haraimau itu sendiri pun dalam keadaan terkejut tengok kita. Kita pun terkejut tengok dia. Jadi takbir biar kuat dan dengan tajwid, “Allahhhh huakbar,” pasti harimau akan lari. Jangan pula kita hanya terketar-ketar dan menyebut, “Haa haaaa haaaa aa,” pasti dibaham harimaulah kita. Kalau harimau itu dua ekor, dibahagikan tubuh kita dengan eloknya, aku sebelah, kamu sebelah.

Jangan main-main dengan nama Allah. Hebat. Bukan orang kafir sahaja takut, bukan harimau sahaja yang takut, hantu pelesit (syaitan) pun lari bila kita sebut nama Allah. Tidak percaya, cuba sebut nama manusia bila berjumpa dengan harimau atau hantu pelesit, mereka tidak akan lari, melainkan hanya dengan menyebut nama Allah.






Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.