https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tragedi ini boleh membuka mata semua pihak

Oleh Md Zulaimi Kazin

Apa yang berlaku semalam kepada keluarga Dato Husam, telah dilalui oleh banyak keluarga di Kelantan disemua peringkat dan akan terus berlaku kepada keluarga sesiapa sahaja selepas ini. Bagi saya tragedi ini boleh membuka mata semua pihak, bagi yang nak mempolitikkan isu ini biarkan mereka dengan candu politik mereka.

Pemuda dan Wanita AMANAH boleh buat satu tindakan Pro-Aktif dengan menubuhkan Briged Anti Dadah Kelantan dan bekerjasama dengan AADK dan PDRM dengan memberi fokus utama iaitu Melemah dan menghancurkan Rangkaian Pengedar Dadah di semua peringkat di Kelantan.

Menggerakkan Pemuda dan Wanita di semua peringkat menjadi mata dan telinga kepada AADK dan PDRM dan menggunakan media sosial sekiranya tiada tindakan diambil bagi memastikan tiada penguatkuasa jadi pelindung kepada rangkaian pengedar dadah ini.

Perbanyakkan dialog dengan komuniti dengan melibatkan AADK dan PDRM bagi menimbulkan kesedaran supaya komuniti disemua peringkat boleh bergerak bersama kita untuk membenteras gejala pengedaran dadah ini. Dengan melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah, mudah untuk kerja pemulihan kepada penagih dadah. lebih 90% kegagalan pemulihan penagih dadah iailah kerana adanya pengedar yang aktif di sesuatu kawasan.

Saya yakin, usaha ini akan mendapat sokongan moral dari rakyat seluruh Kelantan dan Anak Kelantan di Perntauan bahkan ANAK KELANTAN bersedia menghulurkan "sumbangan" untuk menjayakan aktiviti ini yang penting kita nak tengok "KELANTAN BEBAS DADAH" PADA 2020.

Pemuda dan Wanita Amanah boleh mula dengan buat sidang meja bulat, panggil seramai mungkin yang boleh memberi input dan dokumenkan sebagai satu "blue print" agar gerak kerja dapat berjalan lancar dan berkesa

Anak Kelantan Diperantauan



Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.